Kematian 298 nyawa yang tidak berdosa dalam pesawat penerbangan Malaysia Airlines (MAS) MH17 pastinya meninggalkan kesan mendalam buat ahli keluarga dan kenalan mangsa-mangsa yang terlibat.
Pelakon Raja Ilya turut bersedih di atas insiden tidak dijangkakan ini kerana dia kehilangan seorang sahabat baik yang sudah dikenalinya sejak enam tahun lalu iaitu, Subashini J Retnam atau lebih dikenali sebagai Shuba Jay.
Apa yang lebih memilukan, turut bersama Shuba dalam penerbangan tersebut ialah suaminya, warganegara Belanda, Paul Goes dan anak tunggal pasangan itu, Kaela, 1.
Mereka dilaporkan dalam perjalanan pulang ke Kuala Lumpur selepas menziarah ibu bapa Goes yang menetap di Belanda dan ingin mempertemukan Kaela dengan datuk dan neneknya di sana.
Memang tragis dan menyayat hati…
Menceritakan detik-detik mengetahui nasib yang menimpa sahabatnya itu, Raja Ilya berkata, “hanya Tuhan saja yang tahu perasan saya ketika itu. Hati saya hancur luluh dan air mata terus menitis tanpa henti. Demi tugas saya tetap teruskan penggambaran dengan menahan sebak pada petang itu”.
“Sebaik babak lakonan selesai, saya terus berlari dengan telefon bimbit untuk menghantar WhatsApp sambil menangis bagai nak gila. Saya juga tidak dapat membayangkan perasaan ahli keluarga Shuba yang masih terkejut dengan kehilangan anak, menantu dan cucu sekali gus,” katanya memetik Harian Metro.
Raja Ilya turut menyatakan mereka mula berkawan rapat sejak terlibat dengan penggambaran sebuah drama Tamil berjudul Sugamana Sumaigal arahon Along Kamaludin pada 2008.
Malah, Raja Ilya sempat berkongsi salinan WhatsApp terakhirnya dengan Shuba yang mana rakannya itu dikatakan mahu menyambung pengajian pendek dalam bidang lakonan di Australia.
Namun ternyata kini semua impian dan cita-cita Shuba tidak kesampaian apabila menjadi di antara korban nahas pesawat MH17 pada Khamis lalu.-Mynewshub.my

Apa kata anda komen sedikit..;) EmoticonEmoticon