Shah Jaszle Tayang Kekasih Baru

Pelakon yang masih lagi panas dengan kontroversi kes khalwatnya di mahkamah, kini mencetuskan kontroversi baru apabila memuat naik sekeping gambar di laman Instagramnya beberapa hari lepas bersama seorang gadis yang dipercayai kekasih barunya.

Shah Jaszle Tayang Kekasih Baru

Sebelum ini Shah pernah ditangkap khalwat ketika serbuah dilakukan oleh pegawai Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) di sebuah apartmen berdekatan Taman Sri Subang pada 16 Mei tahun lalu.

Keadaan semakin meruncing apabila pertunangan terpaksa diputuskan dan akhirnya telah disambung semula pada Hari Raya Aidiladha tahun lalu.

Namun, segalanya dilihat bakal berakhir apabila pelakon yang pernah dikaitkan dengan Maria Farida dan Miera Liyana ini telah pun menjumpai buah hati barunya.

Shah, 26, turut menjelaskan pada ruangan komen laman sosialnya itu dengan menyatakan yang dia tidak kisah apa yang bakal dikatakan padanya selepas ini kerana mereka di luar sana tidak tahu apa yang telah dilaluinya selama ini.

Kontroversi ini menjadi lebih hangat apabila gadis yang dipercayai kekasihnya barunya itu, Hanis Husna turut memuat naik gambar mereka bersama yang kelihatan cukup mesra seperti pasangan kekasih.

Terdahulu, tunang pada Shah iaitu Redzwani pernah menyatakan pada pihak media yang hubungan mereka masih baik dan tetap mempercayai tunangnya itu walaupun kes khalwat tunangnya itu masih lagi dalam perbicaraan di Mahkamah Rendah Syariah Daerah Petaling, Selangor.

Kini kelihatan hubungan mereka sudah pun berakhir apabila Shah telah menjelaskan di laman Twitternya yang dia turut menambah tidak mahu masyarakat di luar sana bercakap buruk mengenai dia dan bekas tunangnya itu kerana masih lagi ingin mengekalkan talian persahabatan.

Sumber: Tupai.com.my

Share this

Related Posts

Previous
Next Post »

Apa kata anda komen sedikit..;) EmoticonEmoticon