Sebutan Kes Cerai Adam AF Dan Fiza Isnin Hadapan

Khabar keretakan rumah tangga pelakon Fiza Halim dan penyanyi Adam AF akhirnya terjawab apabila kes permohonan cerai pasangan itu bakal disebut di Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam pada Isnin depan.

Adam AF Dan Fiza Bercerai

Menurut sumber, Fiza sudah memfailkan permohonan cerainya di mahkamah berkenaan pada minggu lalu dipercayai kerana kurang persefahaman dalam perkahwinan.

Cubaan Harian Metro mendapatkan penjelasan lanjut daripada Adam dan FIza gagal berikutan kedua-duanya tidak dapat dihubungi selepas mereka dipercayai mematikan telefon bimbit masing-masing.

Harian Metro hari ini melaporkan Fiza atau nama sebenarnya Siti Zaidatul Fiza Abdul Halim, 33, memberi bayangan menerusi luahan di Instagram semalam mengenai rumah tangga mereka yang bergolak.

Sebaliknya, Adam atau Mohd Aizam Mat Saman, 31, mengaku bahawa rumah tangga mereka berada dalam keadaan baik tetapi enggan mengulas lanjut.

Adam dan Fiza bernikah pada 26 September tahun lalu selepas dua bulan berkenalan. –Rotikaya

Share this

Related Posts

Previous
Next Post »

Apa kata anda komen sedikit..;) EmoticonEmoticon