Baru-baru ini, perkahwinan Adam AF dan Fiza Elite dikatakan sedang mengalami masalah selepas Fiza dilihat membuang gambar-gambar mesranya bersama Adam di laman Instagramnya.
Lantaran itu, peminat mula membuat spekulasi mengatakan perkahwinan pasangan ini mengalami masalah.
Namun, Adam dan Fiza pantas menafikan perkara tersebut dengan memberikan kenyataan dalam Berita Harian, hari ini.
Menurut Adam, mereka masih lagi bergelar suami isteri dan tetap tinggal sebumbung serta mengharapkan masyarakat di luar sana tidak membuat sebarang spekulasi yang bukan-bukan mengenai rumah tangganya.
Sementara itu, Fiza pula berkata, “Ada beberapa keping gambar kami bersama di Instagram saya, tetapi mungkin orang tidak perasan.
"Saya letih dengan kerenah masyarakat yang gemar membuat telahan tanpa memikirkan perasaan keluarga kami.
Hubunan saya dan Adam tiada masalah. Cuba doakan agar jodoh kami panjang, bukannya memikirkan perkara sebaliknya”.
Untuk makluman, Adam dan Fiza bernikah pada 26 September tahun lalu di Pejabat Jabatan Agama Islam Selangor, Shah Alam dengan mas kahwin sebanyak RM300.
Ini merupakan perkahwinan kedua bagi Fiza dan pertama bagi Adam selepas Fiza pernah berkahwin dan mempunyai dua cahaya mata perempuan.-Mynewshub.my

Apa kata anda komen sedikit..;) EmoticonEmoticon