Hanis Zalikha Kesal Dituduh Rampas Suami Orang

Pelakon jelita Hanis Zalikha terkejut apabila namanya menjadi bualan ramai yang mendakwa kononnya dia telah merampas suami orang dan cuba meruntuhkan rumah tangga yang dibina oleh pasangan suami isteri terbabit.


Menurut Hanis, salah faham ini berlaku kerana ada peminat keliru apabila mereka mengatakan dia adalah selebriti yang terpalit dengan kontroversi panas itu.

"Saya tiada masalah dengan beliau dan kebiasaanya kami hanya berjumpa di majlis hiburan. Buat masa ini, tiada alasan untuk saya menukar nama bagi mengelakkan situasi ini berulang kembali.

"Harapan saya agar peminat tidak lagi keliru kerana nama dan wajah kami berbeza," jelas duta baru produk Safi Balqis ini kepada Sinar Harian.

Dalam pada itu, Hanis turut menyangkal dakwaan yang mengatakan ibunya mengawal perjalanan kariernya.

"Mustahil ibu mengawal karier saya bahkan dia tidak pernah masuk campur kerana jadual saya diuruskan Astro. Senang cerita, dakwaan itu tidak benar sama sekali."

Selain itu, Hanis sekali lagi memohon agar peminat tahu membezakan antara dirinya dan selebriti terbabit dan dengan perlantikan sebagai duta produk kecantikan itu akan membuatkan beliau sentiasa berwaspada dengan imej dan tanggungjawab yang perlu digalas. -Yahoo.Malaysia

Share this

Related Posts

Previous
Next Post »

Apa kata anda komen sedikit..;) EmoticonEmoticon