Ana Dahlia Bercuti Sakan Di Bangkok Bersama Kekasih

Nampaknya pelakon yang juga bekas menantu Chef Wan, Ana Dahlia sudah benar-benar ‘move on’ selepas bercerai dengan Chef Riz.


Hubungannya dengan seorang jejaka tampan bukan lagi rahsia, malah Februari lalu Ana dan kekasihnya itu dilihat bersama-sama pergi menempah baju di sebuah butik terkenal sempena majlis ABP2013.

Nyata, Ana dan jejaka sama kian serius menjalin hubungan apabila baru-baru ini mereka berdua pergi pula bercuti di Bangkok, Thailand.

Dalam gambar yang dimuatnaik di Instagram, pasangan dua sejoli ini kelihatan sungguh gembira menikmati festival Songkran yang sedang berlangsung.

Lihat saja gambar-gambar di bawah ini.


Satu yang pasti, teman lelaki Ana ini memang tampan persis pelakon Korea.

Diharapkan hubungan mereka akan sampai ke jinjang pelamin dan kali ini, membawa kebahagiaan berpanjangan dalam hidup Ana selepas gagal dalam rumahtangga sebanyak tiga kali sebelum ini.

Sumber: Roti Kaya/Instagram anadahlia2106

Share this

Related Posts

Previous
Next Post »

Apa kata anda komen sedikit..;) EmoticonEmoticon