Pembaca Mahu Fauzi Dan Sharnaaz Bertumbuk

Susulan daripada pertelingkahan di antara pelakon Sharnaaz Ahmad dan Lisdawati Nazaruddin serta suami Lisda Fauzi Nawawi, MyARTiS telah memulakan satu undian untuk para pembaca laman berkenaan.


Undian bermula pada 27 Februari lepas meminta pengunjung laman itu memilih jalan penyelesaian yang sesuai bagi menghentikan konflik di antara kedua-dua pihak.

Daripada kira-kira 300 undian yang diterima, lebih separuh memilih Sharnaaz dan suami Lisda Fauzi ‘Bertumbuk sampai salah seorang pitam’ bagi menyelesaikan konflik itu.

Ia dilihat sebagai tanda marah khususnya dari peminat kedua-dua artis berkenaan kerana sifat baran dan sukar bertenang yang dimiliki oleh kedua-dua pelakon lelaki itu.

Bagi Fauzi, ia pastinya sukar kerana kes berkenaan berpunca daripada insiden Sharnaaz dan isterinya kerana ditengking oleh Sharnaaz ketika penggambaran baru-baru ini.

Dengan latar belakang lagak ‘samseng’ kedua-duanya, agak sukar bagi mereka berdua ini berbaik-baik dan menyelesaikan konflik dengan rundingan, lebih baik bertumbuk.. begitulah pilihan majoriti pengundi sebanyak 55 peratus.

Undian yang mendapat kedua ialah ‘Malas nak ambil tahu hal diaorang’ iaitu sebanyak 26 peratus.

Pilihan ini dilihat mendapat tempat tertinggi kerana sikap kedua-dua pelakon iaitu Sharnaaz dan Lisdawati yang kerap dilanda kontroversi membabitkan mereka dan artis lain.

Sebagai diketahui Sharnaaz dikenali melalui kontroversi dirinya dengan keluarga bekas kekasihnya Shila Hamzah ketika mereka dikatakan hangat bercinta tidak lama dahulu.

Bagi Lisdawati pula, siapa tak tahu kes pergelutan dalam kolam renang bersama Rita Rudaini pada sekitar 2006 dahulu.

Selepas kes dengan Rita, Lisdawati terjebak pula dengan konflik bersama seorang lagi pelakon Nadia Mustafa sehingga mengakibatkan kes itu dibawa ke mahkamah.

Kes yang berlarutan selama lima tahun itu bagaimanapun dimenangi oleh Lisdawati dan Nadia diperintahkan membayar RM250,000 kepada Lisdawati.

Kemungkinan besar, kerana Lisdawati dan Sharnaaz yang sudah penuh dipalit kontroversi menjadikan agak ramai juga pengundi yang sudah muak untuk mengambil tahu perkembangan mereka lebih-lebih lagi yang kontroversi.

Dua penyelesaian yang dianggap baik dan tepat tidak menjadi pilihan para pengundi iaitu ‘Kesemua pihak bersemuka dan berbincang’ hanya mendapat 15 peratus undian manakala pilihan ‘Kesemua pihak berdoa untuk mendapat petunjuk daripada Allah SWT untuk siapa betul siapa salah’ hanya menerima 5 peratus undian.

Begitulah artis Malaysia, kerana ruang pasaran industri hiburan di Malaysia yang agak kecil para artis di negara ini ada di antara mereka menggunakan kontroversi untuk mendapat nama dan peminat.

Nak diharapkan filem atau drama, penonton yang menonton hasil karya tempatan bukanlah ramai mana sangat pun.

Jadi konflik ‘panas’ sebegini biarpun tidak manis tetapi kadangkala tanpa disedari menjadi pilihan mereka untuk meraih populariti. - PAPA DIVA @MyARTiS

Share this

Related Posts

Previous
Next Post »

Apa kata anda komen sedikit..;) EmoticonEmoticon