Jika sebelum ini Lana Nordin menafikan dirinya menjadi punca ‘keretakan’ hubungan cinta Adira dengan Presiden Gerakan Belia Gagasan 1 Malaysia (GBB1M), Shahrul Nasrun Kamarudin, ramai yang melahirkan rasa kurang percaya.
Tetapi, jika Adira sendiri menerusi portal GUA menerangkan bahawa ia hanya gosip semata-mata, rasanya tak perlulah dipertikaikan lagi.
Jelasnya, hubungan antara dia dengan Shahrul masih berjalan lancar walaupun dia sudah membuang beberapa keping gambar bersama jejaka itu dari Instagram kerana tidak mahu ada komen-komen negatif pada akaunnya.
Pada masa yang sama, dia melahirkan rasa simpati pada Lana yang tiba-tiba dikaitkan dengan perkara itu.
“Perkara ini sekadar khabar angin jadi saya tidak mempercayainya, malah saya juga turut terkejut dengan gosip yang timbul sebelum ini.
“Masih ada lagi gambar-gambar saya bersama Shahrul namun ada sesetengah daripadanya terpaksa saya padam bagi mengelakkan orang daripada bercakap serta memberi komen yang tidak berapa elok,” katanya.
Adira juga menyerahkan segalanya pada jodoh dan memberitahu mereka tidak mempunyai sebarang rancangan untuk berkahwin kerana dia masih mahu fokus pada bidang nyanyian.
Diharap dengan penjelasan ini, tiada siapa yang akan ‘menjual’ nama Lana lagi. -Mynewshub

Apa kata anda komen sedikit..;) EmoticonEmoticon