Jika sebelum ini nama Eina Azman sering menjadi sebutan gara-gara isu pergaduhannya dengan ibu pelakon Afiq Muiz, nampaknya gadis kelahiran Mentakab, Pahang ini sekali lagi menjadi perhatian apabila dia dikhabarkan tidak memberi komitmen untuk penggambaran filem usahasama Malaysia-Indonesia, ‘Kuntilanak Ciliwung’.
Akhbar Harian Metro pada Sabtu lepas melaporkan Eina telah meninggalkan lokasi penggambaran selepas berselisih faham dengan pengarah filem ketika penggambaran dijalankan di Indonesia.
Eina bertegas meminta untuk pulang ke tanahair pada 6 Mac dengan alasan terikat pada komitmen kerja dan perlu menghadiri majlis pra-tonton sedangkan syarikat produksi tersebut sudahpun memberi kebenaran buat Eina pulang pada 4 Mac.
Pihak produksi mencadangkan agar dia pulang pada 10 Mac memandangkan penggambaran akan dijalankan di Kuala Lumpur selepas tarikh itu.
Eina dikatakan naik berang sekaligus meninggalkan set penggambaran dan pulang ke Malaysia. Tindakannya itu sedikit sebanyak menyusahkan pihak produksi kerana Eina merupakan teraju utama filem tersebut.
Eina atau nama sebenarnya Ainur Syakina Azman bagaimana pun enggan mengulas lanjut saat diminta penjelasan mengenai apa yang berlaku. Katanya, buat masa ini dia ingin memberi sepenuh tumpuan bagi promo filem, ‘Zombi Kilang Biskut’.
“Saya baru pulang daripada Johor Bharu untuk promo filem ‘Zombi Kilang Biskut’. Sebagai salah seorang pelakon dalam filem ini, saya diminta untuk hadir di majlis promo dan pra-tonton. Ya lah, kalau tak hadir nanti orang kata apa pula,” kata Eina ketika dihubungi.
Sebelum mengakhiri perbualan, dia sempat memberitahu akan berehat dalam satu, dua minggu dari aktiviti lakonan untuk memberi komitmen bagi filem arahan Mamat Khalid ini. –GUA

Apa kata anda komen sedikit..;) EmoticonEmoticon