Shah Rukh Khan Kunjungi Tun Mahathir

Rasanya sudah ramai maklum tentang ikatan persahabatan yang erat antara Tun Mahathir dengan superstar Bollywood, Shah Rukh Khan.


Antara bukti keakraban Tun M dengan SRK termasuk kesediaan bintang terkenal itu menaiki jet peribadinya semata-mata untuk menghadiri majlis hari lahir Tun M di Kuala Lumpur pada Disember 2012.

Malah menurut SRK, dia pasti bertemu Tun M beberapa kali setiap tahun kerana amat mengaguminya.

Antara komen SRK tentang Tun M:

“Saya mula mengenali beliau (Tun Dr Mahathir) sejak 15 tahun yang lalu. Sejak mengenali beliau, hidup saya lebih bermakna kerana beliau inspirasi buat diri saya sendiri. Setiap kali bertemu dan berbual dengan beliau, saya rasa cukup senang. Beliau sangat bijak dan mempunyai pengetahuan yang cukup luas dan besar. Saya bertuah kerana dapat mengenali beliau.

Dia bukan saja mentor buat saya, malahan merupakan salah seorang individu paling bermakna dalam hidup saya. Saya akan sentiasa membawa prinsip dan falsafahnya ke mana saja saya pergi.”

Baru-baru ini ketika datang ke Malaysia untuk menjayakan konsert Tempation Reloaded yang berlangsung pada 15 Februari di Stadium Merdeka, SRK sekali lagi tidak melepaskan peluang menemui Tun M.

Pertemuan yang diadakan sehari selepas konsert itu menyaksikan SRK datang menjenguk Tun M dan isteri, Datin Siti Hasmah di kediaman beliau.


Sumber: Facebook Saya Sayang Tun Dr Mahathir Mohammad


Share this

Related Posts

Previous
Next Post »

Apa kata anda komen sedikit..;) EmoticonEmoticon