"Saya Suka Watak Bohsia"

Pelakon dan penyanyi, Lufya teruja apabila diberi watak sebagai bohsia dalam drama bersiri "Bohsia: Jalan Kembali" yang merupakan adaptasi dari filem yang sama arahan Syamsul Yusof.


"Saya baru selesai menjalani penggambaran drama "Bohsia: Jalan kembali". InsyaAllah akan ditayangkan pada pertengahan tahun ini. Saya melakonkan watak utama bernama Amy.

"Saya suka watak ni sebab saya jadi bohsia, jadi pelacur dan dia kena rogol. Satu watak yang sangat mencabar. Seorang gadis jalanan.

"Dia mempunyai bapa yang merupakan seorang kaki mabuk da nada banyak hutang dengan along," katanya kepada sebuah portal hiburan tempatan.

Lufya atau nama sebenarnya Lutfyah Sheikh Omar berkata, dia banyak membuat rujukan lakonan Salina Saibi dan Nabila Huda untuk menjiwai watak tersebut.

"Saya ada tengok filem itu. Kalau di dalam filem, watak tersebut dilakonkan oleh Salina Saibi saya tengok cara lakonan dia dan saya buat dengan cara saya sendiri.

"Selain itu lakonan Nabila Huda dalam filem itu banyak jadi sebagai rujukan saya.

"Masa kami jalani penggambaran di Dataran Merdeka, pihak produksi ada panggil kumpulan remaja jalanan untuk jayakan drama itu.

"Jadi saya banyak tengok cara dan gaya mereka. Kemudian saya buat stail saya sendiri dari segi imej dan penampilan."

Sementara itu, Lufya turut memberitahu dia bakal menjalani penggambaran sempena bulan Ramadan berjudul "Ramadan Yang Pergi".

[Sumber]

Share this

Related Posts

Previous
Next Post »

Apa kata anda komen sedikit..;) EmoticonEmoticon