Qi Terkilan Aksi Terlebih Romantik Sharnaaz Dan Nelydia

Jika pelakon dan pengacara Qi Razali meluahkan rasa terkilan dengan perbuatan Sharnaaz Ahmad yang kerap memuatnaik gambar mesra bersama kekasihnya, Nelydia Senrose di Instagram, Sharnaaz pula mengambil keputusan untuk berdiam diri.


Jelasnya kepada mStar Online, dia mengambil pendekatan itu kerana tidak mahu isu tersebut terus berpanjangan.

“Saya tak nak komen. Saya tak nak isu ini terus berpanjangan. Saya juga tak nak tau apa-apa.

“Orang lain boleh beri komen apa saja. Tapi, buat masa ini, saya hanya selesa bercakap mengenai karier saya,” katanya.


Kontroversi ini berlarutan sejak beberapa minggu lalu akibat tindakannya memuatkan gambar-gambar mesra bersama Nelydia untuk drama’Bukan Kerana Aku Tak Cinta’.

Lebih ‘panas’ lagi, setiap gambar disertakan dengan ‘caption’ yang cukup romantis sehingga menyebabkan cemburu di hati Qi.

Apa pun, kami harapkan segala akan diselesaikan dengan baik dan hubungan Qi dan Nelydia tidak akan tergugat dengan perkara sebegini.

Mungkin inilah yang dikatakan dugaan bercinta. -Mynewshub

Share this

Related Posts

Previous
Next Post »

Apa kata anda komen sedikit..;) EmoticonEmoticon