Nadia (AF6) Akui Dunia Hiburan Terlalu Sukar

Penyanyi dan bekas peserta program Akademi Fantasia musim keenam (AF6), Nadia menganggap dunia hiburan tidak boleh dijadikan sandaran sebagai punca pendapatan hidup.


Nadia atau nama sebenarnya Nadia Haswani Hasnan, 24, berkata, dia mengakui perkara tersebut kerana persaingan dalam bidang nyanyian sangat sengit ditambah dengan ramai muka baharu yang lahir daripada program realiti.

“Hakikatnya saya memang tidak boleh mengharapkan undangan nyanyian semata-mata kerana saya sedar persaingan sangat sengit dan saya perlu melakukan perkara lain untuk mencari rezeki,” katanya kepada mStar Online ketika dihubungi di sini pada Khamis.

Dalam pada itu, Nadia berkata, dia tidak menyangka bakatnya dalam bidang pengacaraan telah membuka ruang kepadanya untuk menerokai bidang tersebut.

Setakat ini dia telah menjadi pengacara untuk beberapa buah program televisyen dan sedang menjalani penggambaran untuk rancangan Ideal bagi siaran RTM.

Penyanyi kecil molek ini baharu sahaja melancarkan single terbaharunya, Cinta Twitta.

“Saya sendiri tidak menyangka mempunyai bakat sebagai pengacara namun itu adalah rezeki dan setakat ini saya selesa dengan apa yang saya lakukan sekarang,” katanya.

Antara program yang pernah menampilkannya sebagai hos seperti Over The Top, Voice Out dan Sayang Mama.

Sementara itu, Nadia berkata, dia belum berputus asa untuk dikenali sebagai penyanyi walaupun sibuk sebagai pengacara kerana nyanyian adalah minat utamanya.

Jelas Nadia, dia baharu sahaja melancarkan single berjudul Cinta Twitta ciptaan Fazo dan Azrin Azhar selain giat mempromosikan lagu tersebut.

“Saya masih lagi menerima persembahan pentas kerana minat terhadap nyanyian itu masih menebal dan single terbaharu itu adalah usaha untuk memperkenalkan kembali nama saya di kalangan peminat,” katanya. –Sinar Harian Online

Share this

Related Posts

Previous
Next Post »

Apa kata anda komen sedikit..;) EmoticonEmoticon