Mengenang Genap 22 Tahun Pemergian Sudirman

Mungkin ramai yang terlepas pandang bahawa semalam genap 22 tahun pemergian Allahyarham Datuk Sudirman Arshad.


Tapi, sehingga ke hari ini, aura kehebatan penyanyi yang digelar ‘Singing Lawyer’ itu masih dapat dirasai oleh rakyat Malaysia yang pernah melihat zaman kegemilangannya suatu ketika dahulu.

Bintang ini boleh disifatkan sebagai satu dalam sejuta dek kerana kebolehannya sebagai penyanyi, pelakon, penggubah lagu, peguam, penulis, kartunis dan juga usahawan.


Biar pun memiliki Ijazah Undang-Undang dari Universiti Malaya, dia memilih untuk aktif dalam bidang hiburan sebagai kerjaya utamanya.

Bermula dengan pencapaian sebagai Juara Bintang RTM di Melaka pada 1976, Sudirman berjaya meraih gelaran ‘Penghibur Nombor 1 Asia’ menerusi kemenangannya dalam ‘Asian Popular Music Awards’ yang berlangsung di Dewan Royal Albert, London.

Dengan menyanyikan lagu “One Thousand Million Smiles” dan “Send In The Clown”, beliau berjaya memukau penonton dan juri dengan persembahan yang begitu bersahaja dan unik.


Jika dihuraikan kesemuanya, hampir tidak tertulis segala keistimewaan bintang istimewa ini.

Pemergiannya pada 22 Februari 1992 ketika berusia 37 tahun akibat penyakit radang paru-paru nyata suatu kehilangan yang amat besar bagi industri hiburan negara ini.


Semoga pencapaian dan usaha Sudirman dapat dijadikan contoh oleh para penggiat seni tanahair terutamanya generasi pelapis dalam membantu menaikkan nama Malaysia di persada antarabangsa.

Biar berpuluh tahun berlalu, kami yakin nama Sudirman akan terus menjadi sebutan para peminat termasuklah generasi baru yang lahir selepas pemergiannya.

Jom saksikan salah sebuah video persembahannya hebatnya di Dewan Royal Albert, London.



Rujukan: Wikipedia Sudirman

Share this

Related Posts

Previous
Next Post »

Apa kata anda komen sedikit..;) EmoticonEmoticon