Terkejut melihat keadaan kereta pelakon Juliana Evans yang agak remuk akibat kemalangan di Amerika Syarikat melalui gambar yang dimuatnaiknya menerusi akaun Instagram.
Bagaimanapun, dia tidak mengalami sebarang kecederaan walaupun lampu kanan kenderaannya hancur.
Kemalangan tersebut dikatakan berpunca daripada pemandu sebuah kereta lain yang hilang kawalan kerana memandu dalam keadaan mabuk.
Gambar tersebut juga disertakan dengan ‘caption’ berbunyi:
“I loved my car so much… It’s the best car ever never gave me major problems.. It has served me well.. It saved my life! Just so sad that it’s gone…”
Sabarlah Juliana kerana apa yang penting nyawa anda masih panjang lagi.
Oh ya, pada masa yang sama, pasti para peminat perasan nombor plat unik yang digunakan oleh pelakon ini pada keretanya iaitu ‘BONCENG’.
Kata Juliana, “RIP Bonceng… Now dah jadi hantu Bonceng…”.
Kredit: Instagram Juliana Evans
Apa kata anda komen sedikit..;) EmoticonEmoticon