Jep Sepahtu Tunangan Orang?

Pelawak terkenal, Jep Sepahtu menafikan laporan akhbar yang mendakwa dirinya sudah bertunang dengan gadis senegeri dengannya.


Menerusi ruangan tersebut juga, majlis pertunangan Jep atau nama sebenarnya Mohd Nadzri Zainal Abidin dikatakan telah berlangsung sebulan lalu.

Jep pantas menyanggah tuduhan tersebut dengan menafikan laporan tersebut menerusi laman Instagramnya, baru-baru ini.

Tapi tak tahulah kalau-kalau Jep memang sengaja nak menyorokkan berita pertunangannya kerana tak mahu kecoh-kecoh pula kan.


Sejak nama Jep dan kumpulannya, Sepahtu meningkat popular, bermacam-macam cerita kurang enak digambarkan mengenai Jep.

Antaranya, baru-baru ini, dia dikatakan memulaukan pelawak Shahrul Shiro yang turut bertanding dalam program Maharaja Lawak Mega 2013.

Hadap sahajalah Jep, dah namanya pun artis popular, pastinya kisah hidup anda sentiasa menjadi dambaan peminat setia. -Mynewshub

Share this

Related Posts

Previous
Next Post »

Apa kata anda komen sedikit..;) EmoticonEmoticon