Dalam banyak-banyak pasangan bekas kekasih di kalangan selebriti, pasangan yang satu ini memang kami suka.
Bukannya apa, walaupun sudah tidak mempunyai apa-apa hubungan istimewa, Awi Rafael tetap mendoakan kebahagiaan bekas teman wanitanya, Hanez Suraya yang dilaporkan bakal mendirikan rumah tangga pada tahun ini.
Awi yang baharu sahaja mengetahui berita itu melalui pihak media yang bertanya kepadanya menyatakan dia berasa gembira dengan berita tersebut.
“Saya cukup bersyukur dan gembira apabila mendapat tahu (Hanez akan berkahwin) kerana saya memang sentiasa berharap dan berdoa agar dia bahagia walaupun kami sudah berpisah,” katanya memetik Murai.
Dalam pada itu, Awi juga mengakui dia tidak lagi bertemu pengganti Hanez sejak mereka putus cinta tahun lalu.
Mereka juga baru-baru ini dipertemukan sekali dalam Anugerah Juara Lagu di mana Awi berjaya menggondol tempat ketiga bersama Altimet menerusi lagu hits mereka ‘Kalau Aku Kaya’.
Baguslah saling mendoakan di antara satu sama lain, perkara yang lepas itu biarkan berlalu.
Sumber: Mynewshub

Apa kata anda komen sedikit..;) EmoticonEmoticon