Anzalna Nafi Bermasam Muka

Sebelum ini portal hiburan Ohbulan ada melaporkan pelakon jelita, Anzalna Nasir dan pasangannya dalam sebuah drama bersiri terbaru, Izzue Islam sedang bermasam muka.


Mereka dikatakan bermasam muka selepas Izzue menegur Anzalna yang terlampau menjiwai watak dalam melakukan babak romantis sehingga menimbulkan perasaan cemburu isterinya.

Menerusi portal yang sama, Anzalna lantas menafikan dakwaan tersebut dengan berkata, “Sebenarnya saya berlakon adegan romantik itu pun macam biasa sahaja.


"Saya tak setuju lah bila orang dakwa yang saya berlakon secara berlebihan.

"Nak berlakon adegan pegang tangan pun saya takut dan malu sebab saya tahu itu suami orang, macam mana pula saya nak buat adegan romantik lebih-lebih”.

Anzalna, 26, juga menyatakan dia bersikap profesional dalam kerjayanya dan tiada lagi spekulasi yang kurang enak mengenai dirinya dibangkitkan.

Rasanya, mungkin Izzue mahu menjaga hati isterinya, Awin Nurin yang juga merangkap pengurus peribadinya daripada terasa dengan lakonan ‘over romantic’ nya kot.


Takkanlah isterinya tak memahami kerjaya suaminya macam mana kan tapi yela, hati wanita sedikit sebanyak pasti tercalit perasaan cemburu melihat suaminya berdampingan mesra dengan wanita lain walaupun hanya dalam lakonan.

Lagipun Anzalna sudah pun mempunyai kekasih hati, Hanif Zaki, rasanya isu-isu sebegini tak sepatutnya timbul sekiranya semua pihak bersikap profesional dalam kerja mereka.

Share this

Related Posts

Previous
Next Post »

Apa kata anda komen sedikit..;) EmoticonEmoticon