Penyanyi Alyah menjelaskan dia terpaksa menolak banyak jemputan ceramah berkaitan agama apabila membuat keputusan memakai tudung selepas kembalinya daripada mengerjakan umrah pada April 2013.
Alyah atau nama sebenarnya Noor Hasliah Abu Hasan, 33, berkata, dia tidak bersedia untuk bercerita hal-hal agama selepas menukar imej kerana bimbang akan timbul tafsiran negatif yang akan merosakkan dirinya.
“Saya dapat banyak tawaran untuk berceramah tetapi saya terpaksa tolak dengan baik. Saya mengaku ilmu agama saya masih cetek dan tidak wajar untuk saya bercerita hal-hal agama yang mungkin nanti akan menyebabkan banyak salah faham,” katanya kepada mStar Online.
Alyah memberitahu, langkahnya memakai tudung adalah untuk menjadi manusia yang lebih baik secara berperingkat dan bukannya menjadikan ia sebagai satu trend gaya wanita Muslimah.
Malah kata Alyah, ada juga segelintir pihak yang menjemputnya untuk bercakap mengenai perubahan dirinya itu di pentas politik.
“Kalau nak suruh saya bercakap soal kerjaya dan bagaimana untuk memperbaiki imej, insya-Allah saya boleh tetapi kalau sentuh bab-bab politik, saya terpaksa tolak. Itu bukan cara saya,” katanya.
Ditanya apakah perubahannya selepas memakai tudung Alyah berkata, dia menjadi dirinya yang sebenar dan masih seperti dulu.
Malah Alyah akui, mereka yang berusaha untuk berubah menjadi baik akan diuji dengan macam-macam ujian sehingga boleh menimbulkan perasaan riak dan takbir dalam diri.
Untuk itu jelas Alyah, dia perlu berjaga-jaga daripada segi tutur kata dan pergaulan di khalayak agar imej yang dibawa itu seiring dengan perubahan yang sedang dilakukannya.
Bercerita mengenai perkembangan terbaharu Alyah berkata dia bakal muncul dengan single berjudul Sesal Separuh Nyawa.
[Sumber]

Apa kata anda komen sedikit..;) EmoticonEmoticon