Tasha Shilla Nafi Bercumbu Di Khalayak Ramai

Walaupun sudah menjelaskan dirinya tidak pernah bercinta dengan jejaka kacak yang merupakan peninju Muay Thai itu, nama Tasha Shilla sekali lagi menjadi perhatian.


Dikatakan dia dan lelaki tersebut, Hans bercumbuan mesra di sebuah kafe hotel terkemuka di Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Tasha sekeras-kerasnya menafikan perkara tersebut kerana mustahil untuk dirinya berkelakuan kurang manis di hadapan umum sebegitu.

“Astaghfirullah! Mengucap panjang saya. Memang saya berada di hotel berkenaan pada minggu lalu. Cuba fikir secara logik.

"Mana mungkin saya akan melakukan perkara itu di depan orang. Saya ada bersama dengan kawan-kawan yang lain.

"Perkara ini adalah tidak benar dan akan memalukan diri saya dan keluarga,” katanya memetik laporan sebuah akhbar harian.

Kalau mustahil dilakukan di hadapan umum, adakah perilaku kurang manis ini tidak mustahil dilakukannya dalam keadaan tertutup?

Hmm, macam-macam hal..

Kalau sebelum bagi kenyataan tu, fikirlah dulu baik buruknya kerana awak tu selebriti, yang secara tidak langsung segala perlakuan dan tingkah laku anda mungkin dicontohi oleh peminat-peminat tegar anda.

-Mynewshub

Share this

Related Posts

Previous
Next Post »

Apa kata anda komen sedikit..;) EmoticonEmoticon