Pelakon jelita Nora Danish mengambil pendekatan positif dan berdiam diri mengenai hala tuju hubungannya dengan anak menteri Pelancongan Nedim Datuk Seri Nazri Abdul Aziz.
"Seperti yang sering saya katakan sebelum ini, saya tidak mahu memberikan apa-apa kenyataan berkenaan cinta. Sekiranya saya ditakdirkan bertemu jodoh, saya hanya akan mengumumkan tarikh perkahwinan walau dengan sesiapapun di masa depan," katanya seperti dipetik portal hiburan tempatan.
Mengulas mengenai kualiti yang ada pada Nedim, Jelas Nora dia amat menyukai personaliti ahli perniagaan itu yang mana cukup mengambil berat tentang orang sekeliling berbeza dengan penampilan luarannya.
Sebelum ini timbul desas desus mengatakan hubungan baiknya dengan Nedim telah mendapat tentangan daripada kedua-dua ibu-bapa Nedim.
Jelas Nora, 31, restu dari ibu-bapa amat pentinglah dalam bercinta dan sekiranya benar hubungan mereka mendapat tentangan beliau tidak akan berani untuk meneruskan hubungan tersebut.
"Walau apapun, elemen yang paling penting dalam satu-satu perhubungan adalah restu dari kedua ibu bapa. Jadi, sekiranya percintaan saya mendapat tentangan dari orang tua tak kira dari pihak sebelah mana, saya tidak akan berani meneruskan hubungan tersebut.
"Saya faham, status saya sebagai seorang selebriti dan ibu tunggal mungkin memberikan persepsi kurang baik buat sebahagian orang, dan itu menjadi tanggungjawab saya untuk memperbetulkan tanggapan negatif masyarakat.
"Saya percaya sekiranya benar ibu bapa Nedim tidak suka saya berkawan dengannya, dia sendiri akan mengkhabarkan berita tersebut."
Dalam perkembangan lain, Nora bakal muncul dengan Filem seram terbaru berjudul "Pengantin Malam" terbitan MIG yang sedang menanti tarikh tayangan selain terbabit sebagai juri tetap program "Maharaja Lawak Mega".
-Tupai.com.my

Apa kata anda komen sedikit..;) EmoticonEmoticon