Johan Enggan Berlakon Adegan Ranjang Lagi

Johan As’ari menjelaskan dia kini enggan lagi melakonkan adegan ranjang atau pun babak yang melibatkan pelukan erat dengan heroinnya.


Pelakon itu membuat keputusan sedemikian sejak pulang menunaikan umrah pada April lalu.

Filem Paku yang bakal ditayangkan pada 12 Disember ini merupakan lakonan ranjangnya yang terakhir kerana ianya telah pun dirakamkan sebelum pemergiannya ke Mekah.

“Selepas ini, saya enggan lagi melakonkan adegan ranjang dan aksi yang memerlukan saya berpelukan erat dengan wanita. Saya ingin memperbaiki diri saya agar menjadi lebih baik.

"Semuanya bermula daripada kepulangan saya dari mengerjakan ibadah Umrah pada April lalu. Saya sudah berazam untuk tidak lagi melakukan adegan-adegan sedemikian,” katanya memetik laporan portal Gua.

Sementara itu, menurut Johan, sehingga kini dia masih belum menemukan kekasih hatinya Lana Nodin dengan kedua ibu bapanya.

“Bila saya akan membawa Lana berjumpa mereka, saya merasakan waktu itu akan sampai dengan sendirinya nanti,” jelasnya lagi.

Hubungan Johan dan Lana mula berputik selepas berkenalan di sebuah majlis hiburan Oktober lalu, dan Johan kemudiannya mengambil keputusan melamar Lana pada pertemuan ketiga mereka.

Pasangan ini juga dikhabarkan bakal mendirikan rumah tangga pada tahun hadapan.

Sumber: Mynewshub

Share this

Related Posts

Previous
Next Post »

Apa kata anda komen sedikit..;) EmoticonEmoticon