Farawahida Bergelar Isteri Dengan Sekali Lafaz

Ternyata bulan Disember memang menjadi pilihan para selebriti untuk melangsungkan perkahwinan mereka.


Hari ini, penyanyi Farawahida selamat bergelar isteri kepada pasangannya, Abdul Shukur Mohd Zain kira-kira jam 10.30 pagi dengan sekali lafaz.

Farawahida Bergelar Isteri Dengan Sekali Lafaz

Dinikahkan oleh Naib Kadi Air Kuning, Taiping iaitu Ustaz Imannuddin Zakaria, Fara turut menerima mas kahwin sebanyak RM1,000 serta dua bentuk cincin, memetik laporan Media Hiburan.


Penyanyi itu menerima tujuh dulang hantaran dan membalasnya dengan sembilan dulang.

Suaminya dilihat mengalirkan air mata selepas sah diijabkabulkan manakala Fara kelihatan tenang.

Apapun, tahniah kami ucapkan kepada pasangan ini dan diharap hubungan yang dibina ini akan berkekalan buat selama-lamanya.

-Mynewshub

Share this

Related Posts

Previous
Next Post »

Apa kata anda komen sedikit..;) EmoticonEmoticon