Azwan Ali Mengamuk Di Rancangan Meletop Secara Live

Azwan Ali Mengamuk Di Meletop secara live (Selasa 17 Disember 2013). Perangai diva Azwan Ali meletus di rancangan Meletop Astro Ria. Azwan berang setelah ditanya tentang isu menggelar juri dengan gelaran ' sampah ' ketika terkeluar dari MasterChef All Star.


Perkara ini menaikkan darah Azwan Ali yang berang dengan pertanyaan Neelofa dan Nabil tentang isu menggelar juri sampah setelah ditendang keluar apatah lagi ditambah pedas oleh Micheal Ang.

Pada sesi pertama, Azwan yang sering berkata ''Why bother why bother'' itu telah berjalan keluar dari set dengan gaya bengang. Pada sesi kedua selepas iklan, dia kembali ke set dibawa oleh Micheal Ang dan kembali menjawab soalan-soalan panas.

Menjawab jika mereka (Micheal Ang dan Azwan Ali) benar-benar bergaduh di set, Micheal Ang menjawab tiada lakonan ketika di dalam Masterchef dan ianya benar berlaku.

Ketika segmen terakhir, Azwan berkata walaupun dia sering carut Micheal Ang di twitter tetapi di bagus kerana tak berani melawan tidak seperti artis lain yang memaki hamun beliau ditwitter.



Sumber: Hotlips-yuya.blogspot.com

Share this

Related Posts

Previous
Next Post »

Apa kata anda komen sedikit..;) EmoticonEmoticon