Tindakan Shila Amzah Tidak Matang

Susulan pendedahan Johan As’ari yang dikatakan sudah bersedia untuk mendirikan rumah tangga dengan pelakon Lana Nodin, bermacam-macam spekulasi dan andaian yang timbul selepas itu.


Antaranya, tindakan penyanyi yang pernah dikaitkan mempunyai hubungan mesra dengan Johan sebelum ini, iaitu Shila Amzah yang memuat naik status serta gambar berkaitan isu tersebut membuat peminat terus berteka-teki mengenai kesahihan status mereka satu ketika dulu.

Mengulas lanjut mengenai tindakan Shila itu, Johan melahirkan kekecewaannya selain menyifatkan perbuatan penyanyi itu sebagai tidak matang.

“Bagi saya dalam hal sebegini Shila Amzah menunjukkan sikap yang tidak matang. Apa yang boleh saya katakan dia dah pun block akaun Instagram saya dan juga akaun media sosial yang lain. Saya pun tidak pasti kenapa dia bersikap demikian,” katanya yang dipetik menerusi portal Buahmulut.

Johan juga pernah mengeluarkan kenyataan di akhbar bahawa dia hanya menganggap Shila sebagai adiknya sahaja dan tidak lebih dari itu.

Pelakon berusia 27 tahun itu juga menjelaskan keluarganya tidak pernah membenci Lana berikutan timbulnya isu mengatakan keluarganya tidak bersetuju dengan pilihannya itu.

“Mereka bukan tidak bersetuju dan membenci Lana tapi keluarga saya suruh kami berkawan dulu dan kenal hati budi masing-masing sebab perkahwinan bukan satu perkara yang boleh dibawa main-main,” katanya lagi.

Ketika berlangsungnya majlis Anugerah Skrin 2013 semalam, pasangan ini hadir bersama dan Lana kelihatan sopan, tidak seperti sebelum ini dimana imej seksi sering kali tidak dapat dipisahkan daripadanya.

Mungkin ini merupakan langkah perlahan-lahan Lana untuk berubah menjadi lebih baik seperti mana yang dikatakannya sebelum ini.

Baguslah begitu, pelan-pelan kayuh ya Johan.

-Myneshub

'Justin Bieber Remaja Biadab'

Bintang kegilaan remaja Justin Bieber semalam diarah agar membersihkan semburan grafiti yang dituduh dilakukannya di dinding hotel di Australia.


Datuk Bandar Gold Coast Tom Tate yang berang berkata, remaja Kanada itu biadab dan benar-benar bodoh. Dia turut menghantar alat membersihkan grafiti ke Hotel QT yang eksklusif di Surfers Paradise agar penyanyi itu dapat membersihkan kotoran itu.

“Jika individu yang waras melakukan demikian, mereka perlu menjalani 80 hingga 100 jam khidmat komuniti,” katanya kepada Nine Network.

“Datang dan bersihkan grafiti itu dan kami akan berpuas hati dengan kamu,” katanya.

Dalam satu wawancara berasingan bersama Brisbane Courier-Mail, Tate berkata: “Kita pun pernah muda tetapi berdasarkan apa yang berlaku, Bieber sudah melakukan perkara yang benar-benar bodoh.

“Namun, dia berpeluang untuk membetulkan keadaan.

Saya menggesanya menghormati bandar ini sebagaimana peminatnya di sini menghormatinya.” katanya. - AFP

Justin Bieber Dimarahi Ibu Tiduri Pelakon Porno

Biar sebanyak mana pun tatu dan otot yang cuba ditunjukkan oleh penyanyi Justin Bieber melalui laman Instagram dan konsertnya, itu tidak dapat mengubah hakikat yang dia masih seorang remaja yang dipantau keluarga.


Tersebarnya cerita dia meniduri seorang pelakon porno, Tati Neves telah membangkitkan kemarahan ibunya, Pattie Mallette.

Mallette dikatakan terus menghubungi Bieber sejurus mengetahui perkara itu kerana bimbang anaknya akan dijangkiti penyakit serius kerana melakukan hubungan rambang.

Bagi kami, memang patut dia dimarahi. Bayangkan jika dia dijangkiti virus HIV dalam usia begitu muda, tidak tahulah apa akan jadi dengan kerjayanya.

Hai, ternyata Bieber masih belum cukup matang lagi…

-Mynewshub

Artis Batal Perkahwinan, Suami Enggan Masuk Islam!

Pelakon terkenal Indonesia, Asmirandah mengambil tindakan nekad dengan memohon untuk membatalkan perkahwinannya dengan aktor, Jonas Rivanno.


Difahamkan Asmirandah mengambil keputusan tersebut kerana kecewa dengan sikap Jonas yang tidak mengambil endah mengenai hal perkahwinan mereka, termasuk enggan memeluk Islam.

“Kini sudah ada peraturan baharu, jika wanita itu Islam, pasangannya juga harus Islam. Tetapi masalahnya kini Jonas enggan memeluk Islam.

“Perkara itu membuatkan Asmirandah kecewa kerana Jonas seolah-olah tidak mempercayai Islam dan dia juga.

Apatah lagi Jonas pernah mencadangkan kepada Asmirandah untuk berkahwin di luar negara bagi memudahkan urusan perkahwinan mereka dan perkara itu ditentang Asmirandah,” ujar wakil Asmirandah.

-Sinar Online

“Yang Penting, Saya Tak Kahwin Kat Siam”

Selebriti popular yang tidak sudah-sudah dengan kontroversi, Jimmy Shanley masih belum bersedia berterus terang mengenai status dirinya kini sama ada dia bergelar suami orang atau bukan.


“Doa-doakan. InsyaAllah. Hidup saya sekarang lebih teratur…”, kata Jimmy Shanley lantas terus mematikan kata-katanya, ketika ditemui pada majlis pelancaran radio Ultra.FM bertempat di hotel Concorde, Kuala Lumpur, semalam.

Pemilik nama sebenar Jimmy Shanley Norhajan Saleh, 33, ini berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai laporan sebuah akhbar mendakwa dia sudah berkahwin dengan seorang janda beranak satu.

“Cerita saya sudah berkahwin seperti yang dilaporkan, bukanlah datang dari mulut saya. Tunggulah bila masanya nanti saya akan beritahu. Yang penting, saya tak kahwin kat Siam”, ujarnya yang masih enggan mengesahkan perkara tersebut.

Bagaimanapun, Jimmy berkata dia akan mengadakan satu sidang media dalam masa terdekat ini bagi menjelaskan segala spekulasi yang timbul.

“Saya akan buat sidang media tak lama lagi bagi menjawab segala persoalan. Lagipun banyak hati yang perlu dijaga”, ujarnya sambil cuba terus berahsia.

Dalam pada itu, Jimmy memberitahu pada 12 Disember ini dia perlu menjalani semula proses mahkamah ekoran tuntutan bekas isterinya, Nursuhaila Eliani Suhaimy, yang mahukan hak penjagaan sepenuhnya ke atas anak mereka.

“Saya ingat semuanya dah selesai tapi rupanya belum lagi. Sebelum ni mahkamah putuskan saya dapat hak penjagaan tiga hari dua malam. Tapi pihak sebelah sana berkeras tuntut hak penjagaan sepenuhnya. Demi anak saya, saya tetap akan lawan”, katanya.

Tambah bapa kepada Zahrah Rania, 2, ini pengalaman lalu cukup mematangkannya. Bahkan dia kini selesa dan gembira dengan ‘kehidupan baru’

“Saya tak malu nak cakap yang dulu tu saya yang gagal. Tapi pengalaman yang saya lalui sebelum ini ajar saya lebih matang dah lebih menghargai hidup saya sekarang.

“Sekarang saya dah move on dan saya rasa adalah lebih baik kalau saya ada keluarga baru. Yang baru ni lebih memahami dan dia seorang wanita bertudung”, katanya.

-Malaysian Digest

Syarat Ketat Majlis Perkahwinan Che Ta Dan Zain

Mencecah nilai tajaan jutaan ringgit, konsep persandingan dalam taman yang dilimpahi perhiasan dan persalinan mewah.


Ini menjadikan majlis perkahwinan pelakon sensasi, Rozita Che Wan, 40, dan Zain Saidin, 29, sebagai acara termahal dalam kalangan artis setakat ini.

Bagaimanapun, ada harga yang perlu dibayar Rozita dan Zain di sebalik kemewahan yang melimpah ruah itu. Apabila majlis perkahwinan mereka menjadi terlalu eksklusif, banyak syarat yang perlu dipatuhi tetamu.

Antara syarat yang dikenakan pasangan pengantin ini ialah setiap organisasi media tidak dibenarkan merakamkan gambar mempelai.

Sebaliknya, penganjur akan menyediakan khidmat fotografi dan gambar akan diberi sejurus majlis berakhir.

Selain itu, disebabkan hak penyiaran majlis diberi secara eksklusif kepada Astro, stesen televisyen (TV) lain tidak dibenarkan membuat liputan.

Jika mereka mahu menemu bual bakal mempelai, semuanya akan dilakukan pihak produksi Astro.

Stesen TV hanya perlu menyediakan soalan kepada Rozita atau Zain untuk diajukan oleh wakil produksi.

-Berita Harian

Gambar Kekasih Chacha Maembong

Sebelum ini, sebuah portal hiburan tempatan telah berkongsi beberapa keping foto mesra antara Chacha Maembong dan seorang jejaka bernama Iqwal.


Juga salah seorang penyanyi, kami yakin ada dari anda yang masih belum mengenali siapakah Iqwal Hafiz ini, kan?

Jejaka yang hangat dikaitkan dengan Chacha ini sebenarnya merupakan penyanyi yang mewakili Malaysia untuk World Championship of Performing Arts di Hollywood.


Walaupun kisah mereka sudah lama diketahui umum, namun penyanyi dan pelakon ini bijak menyembunyikan kisah cinta mereka daripada diketahui ramai.

Menerusi laman Twitter Chacha, pelakon tersebut secara terang, retweet kembali sebuah status dari peminatnya yang mendoakan agar Chacha dan Iqwal berbahagia. Ini sekaligus mengiyakan gosip mengatakan Chacha dan Iqwal bercinta.


Berbanding Chacha, Iqwal dilihat lebih kerap memuatnaik fotonya bersama pelakon tersebut, dimana penyanyi itu turut menggelarkan Chacha sebagai #princessvampire


Untuk makluman, Chacha Maembong kini sibuk mempromosikan Mamee Chef bersama Zizan Razak dan Kaka Azraff manakala Iqwal pula dilihat menumpukan sepenuh perhatiannya menerusi lagu terbaru Takdir Cinta.

-OhBulan

Penyanyi Lostprophets Hadapi Tuduhan Rogol Bayi

Ian Watkins, bekas penyanyi utama band rock Lostprophets, kini menghadapi perbicaraan atas tuduhan merogol bayi.


Watkins, 36, menafikan 24 kesalahan seksual yang dihadapkan kepadanya termasuk merogol, melakukan gangguan seks dan membuat konspirasi untuk merogol kanak-kanak.

Tuduhan lain terhadapnya adalah merekacipta dan memiliki gambar tidak senonoh serta melanggar lumrah alam termasuk melibatkan binatang.

Perbicaraan melibatkan penyanyi tesebut yang ditahan bersama dua lagi wanita sejak Disember 2012 dijangka berakhir dalam masa tiga minggu.


Lostprophets yang ditubuhkan pada 1997 pernah menghasilkan album yang terjual 3.5 juta unit sebelum band itu mengumumkan perpecahan mereka pada 2012.

-Mynewshub

Marsha Tidak Menganggap Adegan Ranjang Dieksploitasi

Kini dimana-mana orang bercakap mengenai adegan ranjang yang dilakonkan oleh Marsha Milan Londoh dan pelakon veteran, Wan Hanafi Su dalam filem terbaru mereka yang berjudul Laga.


Perkara ini gara-gara trailer filem tersebut yang memaparkan babak ‘panas’ mereka di atas katil yang menjadi tumpuan pemerhati industri hiburan.

Malah, ada yang mengkritik penampilan aktres itu yang sewenang-wenangnya melakonkan babak tersebut tanpa memikirkan sensitiviti masyarat Timur yang kaya dengan adab sopannya.

Mengulas mengenai perkara itu, Marsha berkata kepada Metro Ahad, “saya terkejut tetapi tidak ambil serius perkara itu kerana ia hanya lakonan. Cuma saya tidak mahu orang salah anggap Laga sekadar menjual adegan panas, walhal banyak lagi babak menarik”.

“Saya juga tidak melihat diri saya sebagai bahan eksploitasi. Lagipun kalau dilihat betul-betul, bukan panas mana pun adegan itu, cuma mungkin cara kerja kamera dan hasil suntingan menjadikan babak itu realistik,” katanya.

Laga turut dibintangi ramai pelakon hebat lain seperti Datuk Rosyam Nor, Eman Manan, Nasir Bilal Khan dan juga kemunculan pelakon seberang, Tyas Mirasih.

Di bawah, penulis kongsikan trailer Laga yang mana mengandungi adegan panas Marsha dan Wan Hanafi Su.

Mungkin inilah nilai seni yang cuba diterapkan oleh pengarahnya, kalau takde babak ini mungkin akan menggangu keseluruhan jalan ceritanya kot.

Apa-apa pun enjoy dulu video ini ya! -Mynewshub



Gambar Seksi Terbaru Nabila Huda Jadi Bualan Lagi

Sepanjang minggu ini memang masyarakat kita dihangatkan dengan nama Nabila sahaja.


Pertamanya, kita dikejutkan dengan kehilangan remaja yang dikatakan disorok hantu di Villa Nabila yang terletak di Johor Bahru.

Memang kecoh negara dengan cerita ni apabila hampir kebanyakan media massa termasuk media mainstream yang memainkan topik itu sepanjang minggu ini.

Kali ini berbalik kepada seorang lagi Nabila iaitu anak kepada rockers Amy Search iaitu Nabila Huda.

Kalau sesiapa yang sentiasa mengikuti perkembangan Nabila di laman Instagramnya, pasti tahu kini dia terlibat menjayakan watak Saloma menerusi drama bioepic primadona filem Melayu tersebut.


Semalam, Nabila ada memuat naik gambar terbarunya bergaya dengan kebaya ketat berwarna putih yang sedikit menampakkan susuk payu daranya.

Seperti biasa, pasti ada peminat yang menyokong dan mengutuk penampilan aktres itu.

Nabila yang seakan sudah lali dengan pelbagai komen di Instagramnya dilihat langsung tidak membalas segala komentar yang dilontarkan kepadanya.


Mungkin ada sesetengah pihak yang kurang gemar Nabila kelihatan terlalu seksi kerana ianya tidak bersesuaian dengan statusnya sebagai ibu kepada seorang cahaya mata.

Diharapkan selepas ini Nabila lebih peka dengan cara pemakaiannya, kerana memang tidak dapat dinafikan dia seorang aktres yang berbakat besar, namun adalah lebih manis sekiranya pakejnya itu dilengkapi dengan imej dan ‘attitude’ yang bersih juga.

Tak gitu?

-Siakapkeli

Selena Gomez datang Malaysia 26 Januari 2014

Pelantun lagu "Come & Get It", Selena Gomez bakal mengadakan konsert sulungnya di Malaysia pada 26 Januari 2014.


Dianjurkan oleh We Love Asia, Kuala Lumpur telah terpilih sebagai salah satu destinasi untuk siri jelajah dunia Stars Dance Tour ini.

Walaubagaimanapun ini bukanlah kali pertama penyanyi dan pelakon berusia 21 tahun ini menjejakkan kaki di Malaysia.

Pada April 2011, Gomez telah menemani Justin Bieber yang merupakan teman lelakinya ketika itu yang berada di Kuala Lumpur untuk konsert sulung.

Kemudian pada Julai 2012, bekas bintang Disney ini sekali lagi menemani Bieber yang mengadakan persembahan di MTV World Stage.

Bakal diadakan di Stadium Merdeka, Kuala Lumpur, informasi lanjut mengenai harga dan pembelian tiket konsert sulung Gomez ini akan diketahui tidak lama lagi.

Untuk maklumat lanjut, peminat boleh melayari laman rasmi Facebook We Love Asia.

-Yahoo.News

Rani Mukerji Kahwin Februari 2014

Khabar bahagia datang daripada aktres Bollywood iaitu Rani Mukerji, 35, apabila bintang itu akhirnya membuat keputusan menamatkan zaman solo untuk berkahwin dengan kekasihnya, Aditya Chopra pada Februari tahun depan.


Menurut laporan portal Newkerala, selama ini kisah cinta Rani dan Aditya tidak pernah diceritakan secara terbuka namun keluarga pasangan tersebut sudah pun mengumumkan perkahwinan mereka kepada umum.

Kedua-dua ibu bapa Rani begitu teruja dan mengkhabarkan berita gembira tersebut kepada seluruh keluarga dan mereka semua diminta mengosongkan jadual pada minggu sambutan Valentine pada Februari tahun depan.

Seluruh anggota keluarga pun sudah sibuk mempersiapkan majlis pernikahan yang khabarnya akan berlangsung mengikut adat Bengali dan Punjabi.

Bukan setakat keluarga pasangan itu, tetapi pereka fesyen yang sentiasa mereka baju Rani iaitu Manish Malhotra turut berkobar-kobar untuk menyiapkan gaun perkahwinan aktres itu.

-mStar

Adira Perjelas Isu Cincin Tunang

Agaknya penyanyi Adira dan isu cincin memang tidak dapat dipisahkan.


Sebelum ini, orang heboh bercerita mengenai hubungannya dengan Aliff Aziz gara-gara gambar ‘couple ring’ yang dipakai oleh mereka berdua.

Sekitar awal bulan ini, Adira memuatnaik pula gambar cincin sekaligus mencetuskan spekulasi bahawa penyanyi ini sudah menemui cinta baru.

Pastinya nama Presiden Gerakan Belia Gagasan 1 Malaysia, Shahrul Nasrun Kamarudin yang dikaitkan dengan cincin itu kerana pada masa ini mereka memang sedang ‘berkawan rapat’.

Persoalannya, adakah cincin tersebut merupakan cincin risik atau tunang?

Ia akhirnya dijawab oleh Adira melalui laporan portal hiburan Gua:

“Cincin tersebut hanyalah cincin biasa dan bukanlah cincin tunang. Hadiah tersebut diberikan oleh Shahrul sempena ulang tahun kelahiran saya pada 19 September lalu. Namun, hadiah itu diberikan agak lewat sedikit.”

Ditanya adakah ia bermaksud dia sudah bersedia untuk melangkah ke alam perkahwinan, Adira menjelaskan dia belum mempunyai perancangan ke arah itu kerana terlebih dahulu ingin kukuh dalam pelbagai bidang.

“Shahrul juga memahami dan tidak mendesak kerana banyak lagi impian saya yang belum tercapai,” jelasnya.

Ahmad Dhani Habis Duit Kerana Dul

Demi kasih pada anak, penyanyi dan komposer terkenal Indonesia, Ahmad Dhani sanggup mengeluarkan perbelanjaan yang begitu tinggi berikutan kes kemalangan yang membabitkan anak bongsunya, Dul.


Berikutan itu, Dhani dikatakan pernah meminta penerbit program Indonesian Idol membayar terlebih dahulu wang pendahuluan kerana ada mangsa yang perlu menjalani pembedahan, memetik laporan Berita Harian.

Menurutnya, dia ketika itu sudah kehabisan wang, sekaligus memaksanya untuk memohon budi bicara pihak penerbit itu.

Kos perbelanjaan bukan sahaja untuk rawatan, tetapi turut meliputi pampasan dan bayaran untuk peguam.

Bagaimanapun, Dhani tetap berkeras untuk tidak meminta bekas isterinya, Maia membantunya dalam msalah kewangan tersebut.

Lihatlah betapa besarnya pengorbanan seorang bapa. Semoga ia dijadikan iktibar oleh anak-anak di luar sana agar tidak melakukan sesuatu yang boleh menyusahkan keluarga suatu hari nanti.

-Mynewshub

Marsha Milan Londoh Sembunyikan Kekasih?

Belajar dari pengalaman lalu, penyanyi dan pelakon Marsha Milan Londoh mengambil keputusan untuk tidak mendedahkan kepada umum identiti kekasih barunya.


Memilih jejaka Melayu, dia sudah menjalinkan hubungan cinta sejak empat bulan lalu, memetik laporan Sinar Harian.

Menurut Marsha, biarpun usia jejaka itu muda dua tahun darinya, ia tidak menjadi sebarang masalah buat mereka.

Bagaimanapun, masih terlalu awal baginya untuk menamatkan zaman bujang biarpun usianya bakal menginjak 28 tahun pada tahun hadapan.

“Dulu saya sasar nak kahwin pada usia 25 tahun tapi tak tercapai. Jadi kini saya tak mahu letak sebarang sasaran. Bimbang bila dah sampai target, saya tak kahwin, ia akan menjadi tekanan kepada saya,” jelasnya.

Betul juga kata Marsha itu. Lebih baik ambil masa untuk mengenali hati budi pasangan daripada terburu-buru. Nanti tak pasal-pasal merana diri.

Justin Theroux Curang Terhadap Jennifer Aniston

Khabar angin yang agak mengejutkan mengenai kekasih Jennifer Aniston iaitu Justin Theroux apabila lelaki itu dilihat sedang bermesra dengan seorang wanita yang tidak dikenali.


Menurut laporan portal Showbizspy, salah satu sumber melihat aktor itu memeluk seorang wanita berambut perang di Cavallo Point, San Francisco. Malah Justin memberi ciuman mesra kepada wanita tersebut.

"Justin memberi ciuman dan pelukan hangat kepada wanita itu ketika mereka sama-sama berjalan kaki. Itu masih dilihat normal. Tetapi yang anehnya, mereka saling berpegangan tangan dan sekali sekala Justin merangkul pinggang wanita itu," kata sumber tersebut.

Tambahnya, Jennifer tidak bersama ketika insiden mesra itu berlaku.

Justin dan Jennifer sudah lama menjalinkan hubungan cinta dan telah rasmi bertunang pada Ogos 2012. Namun kerana sering berbeza pendapat, mereka masih belum memutuskan untuk berkahwin sehingga sekarang.

-mStar

'Kalau Aku Kaya' bukan sindiran Bajet 2014

Jika di Indonesia kita tidak melihat kebanjiran penyanyi rap atau ‘rapper’ di sana, namun di Malaysia pula sebaliknya.

Kalau Aku Kaya

Memandangkan irama ‘hip-hop’ kini kembali menjadi pilihan utama pendengar, kebanyakan kumpulan rapper di Malaysia seperti Malique, Joe Flizzow, Altimet, Ahli Fiqir, Sleeq berlumba-lumba untuk menghasilkan lagu yang dapat memberi mesej kepada masyarakat.

Begitu juga dengan lagu ‘Kalau Aku Kaya’ nyanyian Awi Rafael, yang kini semakin popular di corong radio. Sarat dengan sindiran dan mesej, lagu ciptaan Altimet itu nyata berjaya memberi kelainan kepada peminat muzik di negara ini.

Altimet atau nama sebenar Ahmad Abdul Rahman, 35, berkata, bukan mudah untuk menghasilkan lagu tersebut. Katanya, untuk mendapatkan 'nilai' dalam lagu tersebut, dia telah membuat tinjauan terhadap lebih 40 responden sekiranya mereka diberi peluang menjadi jutawan.

Jelas Altimet lagi, lagu tersebut bukan sekadar rekaan semata-mata, sebaliknya ia merupakan 'suara rakyat' di negara ini.

“Ketika menulis lagu ini saya banyak bertanya kepada orang ramai tentang apa tafsiran mereka mengenai kaya dan apa yang mereka mahu lakukan sekiranya menjadi seorang jutawan.

“Saya telah mendengar dan menerima pelbagai jenis pandangan dari mereka. Ia adalah merupakan suara hati mereka dan mengenai impian sekiranya mereka menjadi kaya,” katanya ketika ditemui sebelum ini.

Bagaimanapun, Altimet menafikan sekeras-kerasnya mengenai dakwaan segelintir pihak bawa lagu tersebut dicipta sempena pembentangan Bajet 2014 yang diumumkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri, Najib Tun Razak, baru-baru ini.

"Lagu ini dah lama saya hasilkan dan ia memang tak ada kena-mengena langsung dengan pembentangan bajet 2014.

"Malah lagu ini juga bukan dicipta untuk menyindir sesiapa.

"Hayatilah lirik-lirik lagu ini, ia mempunyai pengertian dan mesej tersendiri," katanya.

Mengulas mengenai lagu tersebut, kata Altimet, Kalau Aku Kaya, pernah diberikan kepada sebuah kumpulan rap, namun ia di biar terperap begitu saja.

Akui terkilan dengan situasi itu, Altimet bagaimanapun mengambil semua lagu tersebut dan kini bersyukur kerana lagu ciptaannya bersama komposer Omar K, itu akhirnya menjadi hit dan menduduki carta tertinggi di semua stesen radio tempatan.

“Alhamdulillah, semua orang meminati lagu tersebut dan Insya-ALLAH, saya akan memperbanyakkan lagi karya-karya seperti ini," ujarnya.

Berkongsi di sebalik penggambaran muzik video lagu tersebut, Altimet memberitahu, dia sangat berpuas hati dengan hasil yang dilakukan oleh pengarah, Ravi. Menjalani penggambaran di Gerik, Perak, muzik video ini turut menggunakan peralatan dan prop yang mempunyai nilai sentimental yang tersendiri.

“Harapan saya dan Awi untuk menghasilkan video yang menunjukkan 'nilai harga' terhasil dan saya amat berpuas hati dengan video ini.

“Walaupun kita tidak mengeluarkan kos yang terlalu mahal, cukup sekadar apa yang kita terjemahkan berjaya disampaikan kepada orang yang menontonnya,” katanya yang tidak sabar menunggu sambutan dan pendapat orang ramai tentang video muzik tersebut.

Selain itu, Awi Rafael yang turut ditemui juga sangat teruja setelah lagu tersebut menjadi siulan malah penerimaan kanak- kanak juga begitu menggalakkan.

Katanya, lagu tersebut memberikan inspirasi dan mudah diterima oleh semua peringkat umur.

“Saya lihat ramai juga kanak-kanak sudah menghafal lagu ini.

“Saya berterima kasih kepada Altimet kerana memberi kepercayaan dan peluang kepada saya menyanyikan lagu ini,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Altimet, bakal muncul dengan dua buah album iaitu solo dan duet bersama DJ Fuzz dalam masa terdekat.

-Sinar Online

Zahida Rafik Bakal Berkahwin Tahun Depan

Pelakon yang pernah di’landa kontroversi besar tahun lalu, Zahida Rafik mengakui yang beliau bakal mendirikan rumah tangga dengan seorang ahli perniagaan berstatus bujang dan berusia 41 tahun sekitar tahun depan.


Pengakuan ini sekaligus melenyapkan kontroversi yang melanda sebelum ini mendakwa artis itu mempunyai hubungan dengan seorang kenamaan.

“Saya sudahpun mempunyai teman istimewa yang juga seorang ahli perniagaan yang saya kenali sejak lapan tahun lalu. Insya-Allah, kami juga merancang berkahwin tahun depan”

“Saya rasa tidak perlu mendedahkan identiti si dia buat masa ini. Apa yang boleh saya katakan, si dia hanya orang biasa dan bukan berstatus Datuk mahupun VIP. Si dia juga baru berusia 41 tahun, masih bujang dan bukannya suami orang,” ujar Zahida Rafik.

Pelakon ini turut berkata yang beliau sepatutnya berkahwin tahun ini namun hasrat itu terpaksa di’tangguhkan atas perkara yang tidak dapat di’elakkan. Perancangan kahwin tahun depan masih belum mempunyai tarikh tetap.

“Apa yang penting, saya bahagia dengan kehidupan kami sekarang,” tambahnya lagi.

-Rotikaya

Zain Saidin Gembira dan Cemas Untuk Nikahi Cik Ta

Pelakon Zain Saidin berasa semakin berdebar dan gemuruh menjelang hari bahagianya untuk bergelar suami kepada aktres Rozita Che Wan, 40, (Cik Ta) yang akan berlangsung pada Disember depan.


Bagaimanapun Zain atau nama sebenarnya Mohamad Zain Mohd Saidin, 29, berkata, dia sudah bersedia daripada segi mental dan fizikal untuk menempuhi alam perkahwinan yang lebih mencabar.

"Sudah tentu macam-macam perasaan ada sekarang ini, rasa bahagia, gembira dan cemas semua bercampur-baur.

"Namun Insya-Allah saya sudah bersedia mental dan fizikal untuk memikul tanggungjawab dalam keluarga," ujarnya ketika ditemui mStar Online.

Sementara itu, katanya, persiapan perkahwinan sudah hampir 70 peratus siap dilakukan termasuklah barang-barang hantaran serta kos kira-kira RM200,000 untuk persiapan majlis tersebut.

"Alhamdulillah semua sudah hampir siap, hanya tinggal beberapa perkara kecil sahaja.

"Saya dan Rozita mengeluarkan RM100,000 setiap seorang untuk perbelanjaan majlis itu," katanya.

Dalam perkembangan berkaitan Zain berkata, pihaknya tidak menjemput jurugambar media pada majlis itu kerana mempunyai jurugambar rasmi melancarkan perjalanan majlis berkenaan.

"Sebenarnya kami hanya menjemput wartawan sahaja tanpa jurugambar kerana urusan foto semua akan kami bekalkan.

"Bukan apa, ia bagi memudahkan kerja media dan memastikan semuanya berada dalam keadaan baik dan lancar," katanya.

Zain dan Rozita Che Wan akan mengadakan satu sidang media khas bagi mengumumkan tarikh perkahwinan mereka pada 25 November ini di Pusat Konvensyen Setia City, Shah Alam dekat sini.

-mStar

Zizan Razak Dikritik Hambar Kendali AF 2013

Pelawak dan pengacara Zizan Razak tidak berasa menyesal menerima tawaran mengendalikan program realiti Akademi Fantasia 2013 (AF2013) walaupun dikritik kerana dilihat gagal memberi kejutan kepada rancangan itu.


Namun, Zizan, 29, berkata, kehadirannya dalam AF 2013 itu berjaya meningkatkan rating program itu dari minggu ke minggu setiap kali disiarkan.

"Saya tidak pernah menyesal ambil tawaran ini kerana bagi saya ia sebagai satu cabaran utama saya untuk jadi lebih baik.

"Biarpun ramai yang mengkritik tentang pengacaraan saya namun setiap minggu rating program itu meningkat," ujarnya kepada mStar Online.

Zizan berkata demikian ketika diminta mengulas cara dia mengendalikan AF 2013 yang dilihat hambar berbanding pengacara-pengacara lepas biarpun rancangan itu bakal memasuki peringkat akhir pada Ahad ini.

Tambahnya, sebagai orang baharu dalam bidang ini, dia perlu lebih banyak belajar terutamanya dalam mengendalikan program televisyen yang berskala besar dan popular.

"Saya tahu ramai yang cakap saya gugup dan masih bandingkan saya dengan pengacara lama, bagi saya ia adalah satu peringkat pelajaran.

"Tidak semua orang boleh terus jadi yang terbaik, saya terima kritikan tersebut dengan ikhlas dan perbaiki kelemahan diri," katanya.

Sementara itu, Zizan yang turut berlakon dalam telefilem Oh My Ganu iaitu kesinambungan drama bersiri bercorak pendidikan Oh My English mengakui ia pengalaman berbeza selain berharap mampu menarik peminat daripada golongan kanak-kanak.

"Selama ini saya hanya berlakon rama dan program untuk orang dewasa sahaja, ini adalah peluang saya untuk menarik peminat daripada golongan kanak-kanak pula.

"Lagi pun ini merupakan program drama pertama saya yang memerlukan saya untuk bertutur dalam bahasa Inggeris," katanya.

Oh My Ganu akan disiarkan pada 27 November ini, pukul 9 malam di Astro TVIQ (Saluran 135 & 610).

-mStar

"Dul Naik Darjat Jika Dipenjara"

Ahmad Dhani menganggap kemalangan yang menimpa anaknya, Ahmad Abdul Qodir Jaelani, sebagai ujian daripada Tuhan.


Justeru, kata Ahmad Dhani, jika anaknya itu - yang lebih dikenali dengan nama Dul - terpaksa dipenjara, ia diterima dengan hati terbuka.

“Saya yakin jika Dul ke penjara Tuhan akan menaikkan darjat dia,” katanya. Secara berseloroh, Ahmad Dhani juga memberikan perbandingan untuk menjelaskan kenyataan itu.

Menurutnya, jika Dul dinaikkan darjat ia tentu berbeza daripada anggota polis yang menangani kes berkenaan.

“Bagi polis paling jauh yang boleh dirasainya cuma naik pangkat tetapi anak kami naik darjat,” katanya. Berdasarkan kenyataan itu Ahmad Dhani dilihat memang berharap Dul tidak dikenakan hukuman lanjut.

Namun dia tetap memberikan semangat jika ditakdirkan Dul akan dipenjara.

“Apa pun yang terjadi kita perlu jalani saja. Tak perlu ada rasa marah kerana kami yakin ini ujian daripada Tuhan,” katanya. -Agensi

Aksi Ranjang Marsha Milan Londoh dan Wan Hanafi Su

Aksi ranjang di antara pelakon Marsha Milan Londoh dan Wan Hanafi Su yang ditonjolkan dalam filem Laga arahan Ismail Yaacob merupakan adegan penting yang mampu menyokong jalan cerita filem tersebut.


Bagaimanapun, kata Ismail, adegan tersebut terpaksa disunting semula atas nasihat Lembaga Penapisan Filem (LPF) jika mahu ia dikekalkan.

“Adegan itu bukan kita buat atas dasar ingin menjual aksi panas tetapi ia ada sebab tertentu yang memberi kesan terhadap jalan cerita.

“Pada mulanya ia dipotong oleh pihak LPF, namun selepas kami buat satu surat laporan yang menyatakan sebab-sebab ia perlu dikekalkan, LPF membenarkan dengan syarat kami harus membuat beberapa suntingan semula,” katanya pada sidang media pelancaran lagu tema filem Laga di Menara Kuala Lumpur, di sini, Selasa.

Ismail berkata demikian ketika diminta mengulas tentang treler filem Laga yang ada memaparkan aksi panas antara pelakon Marsha dan Wan Hanafi Su.

Adegan tersebut menunjukkan beberapa perlakuan suami-isteri yang sedang berurut dan melakukan aksi-aksi yang menjurus kepada lakonan untuk melakukan hubungan intim.

Tambah Ismail, beberapa maksud tersurat dan tersirat cuba dipaparkan dalam adegan tersebut dan ia sebagai satu simbolik yang menguatkan penceritaan filem itu.

“Saya tahu ia mungkin dikatakan adegan panas, namun ramai juga orang yang sudah berkahwin pun tidak tahu tentang beberapa teknik yang ingin saya paparkan.

“Ia juga simbolik tentang kasih sayang yang kuat antara suami dan isteri,” katanya.

Filem Laga mengisahkan tentang kehidupan masyarakat di Pantai Timur yang masih lagi mengamalkan cara hidup dengan bermain judi dan aktiviti laga ayam.

Selain Marsha dan Wan Hanafi Su, filem ini turut dibintangi oleh Syazwan Zulkifly, , Datuk Rosyam Nor dan Eman Manan.

Laga bakal ditayangkan pada 23 Januari 2014.

Sementara itu, dua buah lagu baharu iaitu Kayangan daripada kumpulan Hyper Act dan Rahsia nyanyian Asmidar diperkenalkan sebagai lagu tema filem tersebut.

–mStar Online

Siapa Lelaki Misteri Dalam Instagram Dewi Perssik?

Sejak akhir-akhir ini, aktres Dewi Perssik sering memuat naik foto dia bersama seorang lelaki beraksi mesra dalam laman Instagram miliknya tanpa menunjukkan wajah mereka.

Dewi Persikk.

Menurut laporan Kapanlagi, Dewi atau dipanggil Depe pernah memuat naik sekeping foto tubuh wanita yang dipeluk seorang lelaki. Walaupun tidak menunjukkan wajahnya tetapi orang ramai tahu ia adalah Depe.

Ramai yang tertanya-tanya adakah orang yang memeluknya itu adalah kekasihnya?

Salah satu foto Dewi bersama seorang lelaki 
misteri yang dimuatkan dalam Instagramnya.

Bagaimanapun Depe telah membalas persoalan peminat di Instagram mengatakan 'kalaulah lelaki itu adalah orang yang mencintainya' dalam bahasa Jawa.

Tidak hanya sekali, Depe memuat naik lagi foto dia bersama seorang lelaki misteri. Dan foto tersebut menunjukkan tangan mereka saling berpegangan.

-mStar

Fara Fauzana Bertukar Ke Fly FM?

Selepas penyampai radio Hot FM, Fara Fauzana memenangi anugerah di Shout Awards 2013 bagi kategori Coolest Radio Announcer, pagi ini pasukan waktu pagi di Hot FM melakukan kelainan dengan bertukar waktu kerja dengan penyampai Fly FM.


Ia ekoran cabaran yang dilontarkan oleh stesen Fly FM bahawa penyampai waktu pagi mereka Guibo akan datang ke konti Hot FM dan bersiaran dalam Bahasa Melayu jika penyampai Hot FM berjaya memenangi anugerah di majlis itu.

Pagi ini Fara atau lebih dikenali sebagai Fafau bertukar tempat dengan Guibo selama kira-kira 2 jam sebagai melaksanakan cabaran berkenaan.

Satu cabaran besar bagi Guibo apabila beliau yang dilahirkan di Washington, Amerika Syarikat serta membesar di sana selama 23 tahun terpaksa bersiaran dalam Bahasa Melayu pada pagi tadi.



Seorang daripada penyampai segmen Hot FM AM Krew, AG memberikan cabaran kepada Guibo membaca beberapa petikan berita ternyata lucu kerana berbelit-belit lidah penyampai Fly FM itu untuk bertutur dalam Bahasa Melayu.

Manakala Fafau pula tidak mempedulikan tatabahasa (grammar) dalam Bahasa Inggeris apabila bersiaran di stesen Fly FM dalam satu acara yang dipanggil The Swap itu.

-Mynewshub

Pelakon Zac Efron Cedera Patah Rahang

Pelakon Zac Efron dilaporkan mengalami kecederaan patah rahang selepas terjatuh di hadapan pintu masuk rumahnya yang terletak di Los Angeles.


Menurut laporan E! News, pelakon berusia 26 tahun itu terjatuh ke dalam lopak air di hadapan rumahnya yang tidak disedari oleh aktor tersebut.

Zac mengalami kecederaan ringan yang memerlukan beberapa jahitan dan dijadualkan akan sembuh dalam masa yang singkat.

Ekoran kemalangan yang menimpa Zac, aktiviti promosi untuk filem terbarunya, That Awkward Moment telah ditunda sehingga keadaannya sembuh seperti sedia kala.

-Mynewshub

Fizo Hadiahkan Jongkong Emas Buat Hantaran Isteri

Kelmarin Murai Batu tertarik dengan sebuah artikel yang keluar dalam murai.com.my mengenai pelakon Fizo Omar yang menyerahkan jongkong emas sebagai hantaran perkahwinan kepada isterinya, Mawar Abdul Karim pada Ahad lalu.


Murai Batu baca jongkong emas yang diberikan itu seberat 1.011kg! Amboi beratnya! Murai Batu tahulah harga emas di pasaran sekarang sudah murah tetapi murah macam mana pun 1gram lebih kurang RM150 ketika Murai Batu ke kedai emas bulan lalu.

Wah, Murai Batu pun sibuklah buat pengiraan sendiri kalau dah 1 gram RM150, maknanya nilai jongkong emas itu lebih kurang RM151 650 lah? Besar betul nilai hantaran Fizo buat Mawar.

Tapi apa nak harian, kalau itu yang Fizo mampu kan? Lagipun dengarnya, jongkong emas itu beri makna tak terhingga dalam kehidupannya kerana ianya hasil titik peluh Fizo bekerja sebagai pelakon sejak beberapa tahun lalu.

Tak mengapalah, apa-apa pun mereka sudah selamat pun diijabkabulkan. Murai Batu harap perkahiwnan mereka dapat berkekalan hingga akhir hayat hendaknya.

–Murai

Yasmin Hani Selamat Melahirkan Anak

Tahniah diucapkan buat pelakon Yasmin Hani Richardson yang telah selamat melahirkan anak lelakinya, pagi semalam.


Hani sempat berkongsi gambar memaklumkan kelahiran anaknya itu di laman Instagramnya dan memberi gelaran Baby N kepada permata hatinya itu.

Bayi ini merupakan anak ketiga suami Hani, Shaarin Razali yang sebelum ini telah dikurniakan dua anak remaja hasil perkahwinan terdahulunya manakala yang pertama buat Hani.


Untuk makluman, Hani dan Shaarin telah diijabkabulkan pada 20 Oktober 2011 di Duchess Place, Jalan Ampang.

Semoga anak Hani dan Shaarin membesar menjadi anak yang soleh, beriman dan dapat berbakti kepada kedua ibu bapanya kelak.

-Mynewshub

'Saya Harap Erma Fatima Berpijak Di Bumi Yang Nyata'

Selepas menang kes saman terhadap Erma Fatima, pelakon drama Rabecca Nur Islam berharap pengarah terkenal itu dapat menerima kenyataan segala yang berlaku adalah ketentuan Tuhan.


"Saya harap dia berpijak di bumi yang nyata. Terimalah qada dan qadar Allah SWT. Itu adalah ketentuan Tuhan," ujarnya seperti dipetik dari Sinar Harian.

Malah Rabecca juga memberitahu ia terpulang kepada Erma jika ingin membawa kes saman tersebut ke mahkamah tinggi kerana dia mempunyai hak berbuat demikian, walaupun mahkamah sebelum ini telah memutuskannya berada di pihak yang benar.

Namun begitu, Rabecca menganggap isu kontrak tidak boleh dijadikan alasan dan tidak perlu dipersoalkan kerana ia adalah atas persetujuan bersama sebelum ditandatangani lagi.

"Dalam perjanjian itu, saya dimaklumkan akan berlakon sehingga 28 episod. Tetapi di saat-saat akhir, saya disingkirkan atas alasan yang tak munasabah.

"Memang itu hak dia untuk singkirkan saya. Tapi sebagai pelakon, hak saya telah diketepikan kerana tidak dimaklumkan," jelasnya lagi.

Pelakon berusia 27 tahun itu juga terkilan apabila dituduh tidak berdisplin oleh pengarah berkenaan menerusi sebuah akhbar tempatan kerana baginya tuduhan itu boleh menjejaskan rezekinya.

"Lebih teruk lagi, saya pula dituduh tak berdisiplin. Ia sekaligus menutup periuk nasi saya sebab produksi lain takut nak ambil saya berlakon."

Dalam perkembangan lain, isteri kepada peguam Nor Azam ini akan melakukan sidang media khas dalam masa terdekat untuk menghurai perkara ini dengan lebih mendalam.

Terdahulu, Rebecca telah memfailkan saman terhadap syarikat produksi Erma iaitu Rumah Karya Citra (M) Sdn. Bhd. selepas gagal melunaskan baki bayaran lakonannya sebanyak 40 peratus untuk drama "Dejavu Di Kinabalu" tahun lalu.

[Sumber]

'Saya Tetap Lawan Untuk Pertahankan Diri'

Pelakon Shahrizal Jaszle nekad untuk memastikan kebenaran berpihak kepadanya selepas membuat pengakuan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Rendah Syariah Petaling di sini pada Selasa atas tuduhan khalwat.


Shahrizal atau nama sebenarnya Shahrizal Jaszle Jasmin, 25, berkata, walaupun pasangan khalwatnya Farah Nurizzati Salleh, 21, mengaku bersalah terhadap tuduhan itu, dia tetap akan membuktikan telah diperangkap oleh wanita berkenaan.

"Saya tidak akan mengaku kalah dengan menyatakan diri saya bersalah atas tuduhan itu kerana ia tidak benar.

"Saya sebenarnya sudah diperangkap dan kini sedang mengumpulkan bukti-bukti untuk meneruskan kes ini," katanya ketika dihubungi mStar Online di sini pada Selasa. Beritahu Shahrizal, pengakuan bersalah wanita itu di mahkamah membuatkan kerjanya menjadi lebih mudah untuk mengendalikan kes tersebut.

"Sekarang ini saya hanya fokus kepada pihak saya sahaja dan kini saya dan peguam, Asyraf A.Ranee akan membentangkan beberapa perkara kepada pihak mahkamah agar mereka menilai semula kes saya ini," ujarnya.

Mahkamah Rendah Syariah Petaling pada Selasa memerintahkan Shahrizal Jaszle membayar wang jaminan sebanyak RM1,500 selepas pelakon itu mengaku tidak bersalah atas tuduhan khalwat dengan Farah Nurizzati, seorang pegawai bank.

Farah Nurizzati ditemani seorang lelaki dan 
cuba mengelak gambarnya dirakamkan.

Bagaimanapun wanita tersebut mengaku bersalah dan mahkamah memerintahkannya membayar denda maksimum iaitu RM3,000 atau penjara selama tiga bulan jika gagal membayar denda.

Dalam kejadian 16 Mei lalu, pasangan tersebut telah ditahan atas tuduhan khalwat di Apartmen Taman Sri Subang, kira-kira pukul 3.30 pagi oleh unit penguat kuasa Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) hasil aduan orang ramai.

Mereka ditahan di bawah Seksyen 29(1) A dan B, Enakmen Jenayah Syariah Selangor 1995.

Kejadian itu menyebabkan pertunangan Shahrizal dengan Redzwani Puteri, 25, terpaksa diputuskan oleh keluarga perempuan tetapi telah disambung semula pada Hari Raya Aidiladha lalu.

Mahkamah menetapkan 21 Januari 2014 sebagai tarikh perbicaraan terhadap Shahrizal.

-mStar Online

Panas! Gambar Diana Danielle Tayang Payu Dara Dikritik Peminat!

Apalah nasib Diana Danielle, sudahlah tidak muat naik gambar anak dan dia dicaci.


Baru-baru ini, Diana telah memuat naik gambar yang dia kategorikan sebagai berat sudah mula bertambah.

Namun pada gambar tersebut nampak agak pelik apabila seperti bonjolan di bawah kanan gambar seakan buah dadanya.

Sekali lagi, Diana dilontar pelbagai tohmahan oleh pengikutnya di Insta kerana memuat naik gambar di atas.


Apa pendapat anda pula?

-Mediamalaya.com

Ibu Yuna Restu Julian Masuk Meminang

Ibu penyanyi dan komposer terkenal Yuna mengakui yang dia selesa dengan hubungan cinta yang terjalin di antara anak tunggalnya dengan jejaka Mat Salleh, Julian Schratter ketika ini.


Semasa ditemui di majlis pradengar album kedua Yuna berjudul, 'Nocturnal', ibu penyanyi kesayangan ramai itu, Fawzia Anum membayangkan dia seolah-olah merestui hubungan Yuna dan Julian yang kini hangat dilamun cinta.

Ditanya kemungkinan penyanyi yang semakin menempa nama di pentas hiburan antarabangsa itu bakal mendirikan rumahtangga dalam masa terdekat, jawab Fawzia “biarlah Julian yang make the first move (mengambil langkah pertama).

Beliau mengakui bukannya mudah untuk jejaka bertuah itu disatukan dengan puterinya itu kerana dia perlu terlebih dahulu mendalami dan memeluk agama Islam.

“Mereka berdua masing-masing sibuk dengan kerjaya dan belum berkesempatan untuk memikirkan tentang hal ini secara serius,’’ ujar Fawzia lagi.

Menurutnya, keluarga kedua-dua belah pihak telah bertemu di Amerika Syarikat tidak lama dulu untuk saling kenal mengenali dan hubungan mereka amat mesra.

Apabila diajukan soalan mengenai hari bahagianya, sambil tertawa kecil penyanyi itu lantas mengelak dari berbicara lanjut.

Pada konsert Yuna yang berlangsung di Istana Budaya, Kuala Lumpur pada September lalu Julian hadir bagi memberi sokongan moral kepada kekasihnya itu. Julian yang merupakan jurugambar peribadi Yuna turut menjadi “selebriti” dan menjadi perhatian peminat-peminat Yuna yang hadir untuk menonton bintang kesayangan mereka itu.

David Foster meminati album ‘Nocturnal’

Bukan calang-calang artis dapat ‘dilamar’ komposer dan pemuzik tersohor David Foster. Bakat dan vocal eklektik dan uniknya membuatkan David ‘jatuh hati’ dengan penyanyi kelahiran Alor Setar, Kedah ini untuk menawarkan kontrak rakaman di bawah naungan syarikat rakamannya, Verve Music Group.

‘Nocturnal’ dirakamkan sepenuhnya di Los Angeles, Yuna mempertaruhkan 11 buah lagu yang menggabungkan nama-nama pemuzik terkenal termasuk Robin Hannibal (dari kumpulan Rhye), penyanyi dan komposer Britain Chris Braide, pemain gitar Incubus Michael Einzinger dan ahli kumpulan N.E.R.D Chad Hugo.

Menganggap dirinya bertuah kerana dapat berkolaborasi dengan nama-nama besar di persada muzik antarabangsa, Yuna tetap merendah diri dengan pencapaiannya setakat ini.

“Saya seorang artis baru namun saya cukup bersyukur dengan mendapat sambutan baik dari peminat di Amerika. Selepas berpenat-lelah menghasilkannya, saya cukup teruja album ini turut menemui peminat saya di Malaysia,” ujar Yuna.

Mula mendapat tempat di corong-corong radio di Amerika Syarikat serta di Youtube, ‘Rescue’ yang merupakan single dari album, kata Yuna menyuntik elemen dikir barat yang cukup ‘catchy’.

“Vibe lagu ini ada unsur-unsur tradisional dan lagu ini memang mencabar vocal saya,” katanya sambil tertawa kecil.

Kata Yuna, perjumpaannya dengan David (Foster) selepas ‘Nocturnal’ siap rakamannya merupakan satu momen istimewa dalam hidupnya.

“Saya cukup “nervous” untuk berjumpa dengan David. Apabila kami bersemuka, David menyatakan yang beliau tertarik dengan album saya dan menyatakan lagu kegemarannya ialah ‘Mountains’,” kata penyanyi tinggi lampai itu.

Meletakkan ‘Nocturnal’ sebagai percaturan baru dalam karier seninya yang semakin melonjak naik.

“Saya dapat melihat diri saya lebih matang dengan album ini, seolah-olah saya seorang yang baru. Saya telah melalui pelbagai cabaran namun ia memberikan inspirasi kepada saya untuk menulis mengenai apa yang telah berlaku,” kata Yuna atau nama sebenarnya, Yunalis Zarai.

Yuna turut mengakui yang ‘Nocturnal’ memberikan ruang untuk beliau bereksperimen dengan pelbagai melodi tradisional dan kontemporari.

Yuna mula melakar nama di persdan seni antarabangsa pada tahun lalu selepas berkolaborasi dengan rapper terkenal, Pharell. Majalah hiburan ‘Rolling Stone’ telah menjulang nama Yuna menggelarnya sebagai a certified indie cred and massive pop potential manakala The New York Times memuji muziknya gorgeous.

Yuna bakal muncul dalam program Jimmy Kimmel tahun depan


Yuna bikin panas lagi. Kali ini, penyanyi berusia 26 tahun itu mendapat pengiktirafan besar menjadi artis tempatan pertama mendapat jemputan dalam program bual bicara popular, ‘Jimmy Kimmel Live’.

“Saya sangat teruja kerana ini merupakan satu lagi pencapaian besar dalam karier saya. Alhamdulillah dengan rezeki ini,” katanya merendah diri.

Sebelum ini, Yuna mendapat pengiktirafan sebagai artis Malaysia pertama dijemput membuat persembahan dalam program bual bicara 'The Tonight Show With Jay Leno' pada bulan Mac lalu.

Yuna mendedangkan lagu "Shine Your Way" yang merupakan runut bunyi filem DreamWorks Animation 'The Croods' yang dinyanyikan dengan komposer dan penyanyi Adam Young.

[Sumber]

Lana Nodin Bengang Diaib Peminat

Akibat sering diganggu dengan komen dan kritikan sehingga boleh menjatuhkan maruahnya, aktres jelita Lana Nodin membuat keputusan menyekat lebih 10,000 pengikutnya di laman sosial foto Instagram.

Lana Nodin

"Saya sekat 10,000 peminat di laman Instagram kerana mereka selalu memberikan komen yang seperti sengaja nak mengaibkan saya. Saya dah penat bila nampak komen-komen negatif yang dilemparkan. Ada yang bagi komen dengan kata-kata lucah," ujarnya seperti dipetik dari Malaysian Digest.

Jelas aktres yang diberikan jolokan Pamela Anderson Malaysia ini, tujuan dia mempunyai akaun Instagram adalah untuk berkongsi saat-saat manis bersama peminat namun itu bukan bermakna ia boleh dilakukan sesuka hati.

"Saya tak mahu Instagram saya sewenang-wenangnya jadi medan golongan ini untuk mengutuk dan mengaibkan saya. Niat saya hanyalah berkongsi aktiviti saya dengan peminat. Bila saya privasikan akaun saya, mereka kata saya sombong. Tapi bila saya kongsi, mereka kutuk saya macam-macam."

Tambah Lana, 34, dia dapat mengesan beberapa pelajar yang menuntut di Australia mengutuknya di Instagram dan berborak sesama mereka menyatakan rasa puas hati apabila melihatnya melenting.

Malahan jelas pemilik nama sebenar Mazlina Hasan Nodin ini, dia sebenarnya tidak mahu terlalu memikirkan tetapi enggan bertolak ansur jika ianya melampaui batas dan menyebabkan dia bersikap lantang ketika membalas komen-komen tersebut.

"Tentang saya bersikap lantang pada peminat di Instagram tu, sebenarnya saya tak kisah pun orang nak komen. Nama pun laman sosial, jadi kita kenalah tahu macam mana nak bersosial. Kalau nak tegur tu boleh tapi janganlah sampai mengaibkan."

"Mak dan ayah saya pun kalau nak tegur salah saya, mereka akan panggil saya seorang dan bukan tegur saya depan adik-beradik saya."

"Lagipun masa tu banyak komen yang lucah-lucah. Kalau saya diamkan tentu ianya berlarutan. Kalau tak suka, jangan lah follow (ikut) saya. Kalau mereka rasa berdosa tengok gambar-gambar saya, jadi janganlah tengok. Tutup mata. Tapi bila dah tengok, diam. Tak payah nak komen yang pelik-pelik," ujarnya lagi yang meminta agar peminat memahami bahawa artis juga manusia biasa dan mempunyai perasaan.

[Sumber]

Fizo Omar Sebak Bergelar Suami

Aktor popular Fizo Omar akui sebak kerana arwah bapanya tidak sempat melihatnya mendirikan rumah tangga dengan wanita pilihannya, Mawar Abdul Karim pada Ahad.


"Saya berasa sebak kerana saya rapat dengan bapa dan dia tidak sempat untuk melihat hari saya diijabkabulkan. Namun apa pun saya masih ada ibu dan saya harus gembirakan dia," ujar Fizo ketika ditemui baru-baru ini.

Malah pemilik nama Wan Hafizol Wan Omar ini memberitahu terlalu banyak pengorbanan yang telah dilakukan oleh ibunya, Hasnah Jidin, 53, dan berharap dapat membalas jasa wanita itu satu hari nanti.

Fizo dan Mawar selamat diijabkabulkan dengan sekali lafaz dalam satu majlis akad nikah yang diadakan di rumah pengantin perempuan di Country Heights, Kajang pada hari Ahad lalu.

Pasangan ini telah dinikahkan oleh Pegawai Tadbir Agama Daerah Hulu Langat, Mohd Arif Abdul Samad.

Mawar telah menerima mas kahwin sebanyak RM506 dan Fizo turut menghadiahkan isterinya jongkong emas seberat 1.011 kilogram dengan ukiran 'Fizo Love Mawar' sebagai salah satu hantaran.

Fizo dan Mawar bakal ke Eropah pada Disember ini untuk berbulan madu dan dijangka berada di sana selama tiga minggu.

Pada Sabtu lalu, majlis pertunangan Fizo dan Mawar telah disiarkan secara langsung melalui program "Nasi Lemak Kopi O" (NLKO).

Majlis pertunangan tersebut diadakan di rumah pihak perempuan dan dihadiri oleh ibu Fizo dan ahli keluarga kedua-dua belah pihak.

Fizo yang ketika itu bertugas sebagai pengacara NLKO turut dikejutkan dengan kehadiran pelakon veteran Ruminah Sidek yang datang untuk memakai inai di jarinya sebagai tanda bergelar tunangan orang.

-Yahoo

Eva Longoria Sertai Bidang Politik

Pelakon Eva Longoria dilaporkan sedang mengintai peluang untuk bergiat aktif dalam bidang politik seterusnya bertanding untuk menjadi Datuk Bandar di Texas, Amerika Syarikat.

Eva mahu menyertai politik dan bertanding
 merebut jawatan Datuk Bandar Texas.

Eva, 38, juga telah berjumpa dengan rakannya aktor George Clooney tentang hasratnya untuk menyertai bidang tersebut.

"Eva tidak mahu terburu-buru dan akan memulakan kerjaya politiknya secara perlahan-lahan dan daripada peringkat bawah terlebih dahulu," kata sumber terdekat pelakon filem Over My Dead Body itu.

Pelakon itu sebelum ini banyak terlibat dalam kempen demokrasi di Amerika dan menjadi tunjang utama kepada penyokong kaum Latin semasa pemilihan presiden Barack Obama pada September 2012.

-mStar Online

Azhael Sedih Gagal Ke Peringkat Akhir AF 2013

Kejutan telah berlaku pada peringkat separuh akhir program Akademi Fantasia 2013 (AF 2013) apabila peserta duo dari Kuala Lumpur iaitu Mohd Azhar Osman dan Hal Husaini Azmi (Azhael) gagal mara ke peringkat akhir selepas mendapat undian terendah pada persembahan minggu kelapan yang diadakan di perkarangan Stadium Nasional Bukit Jalil di sini pada malam Ahad.

Lima peserta (dari kiri) Indah, Nabila, Amira, Aishah dan Faizul mara 
ke peringkat akhir yang bakal berlangsung pada 17 November ini.

Azhael mendapat undian terendah sebanyak 15 peratus selepas menyampaikan dua buah lagu iaitu Kembali Merindu nyanyian asal kumpulan Slam dan Lelaki Ini (Anuar Zain) sedangkan sejak beberapa minggu sebelum ini mereka sentiasa menduduki carta teratas peserta paling popular.

Pengumuman itu dibuat oleh 'Inspirer' minggu ini iaitu Datuk Siti Nurhaliza.

Penyingkiran Azhael sekali gus melayakkan lima finalis lain iaitu Nadia Amira Othman (Amira), Nur Nabila Mohd Razali (Nabila), Siti Ruhilah Hussien (Indah), Nur Aishah Aziz (Aishah) dan Mohd Faizul Sani (Faizul) mara ke peringkat akhir yang bakal diadakan di Stadium Negara pada 17 November depan.

Azhael ketika ditemui memberitahu walaupun sedih tidak dapat mara ke peringkat akhir namun reda dengan keputusan yang dibuat oleh pengundi dan menganggap rezeki tidak memihak kepada mereka.

"Ini bukan pengakhiran buat kami tetapi permulaan dan kami akan teruskan karier nyanyian selepas ini," ujar mereka kepada mStar Online.

Tiga pengkritik tetap AF 2013 terdiri daripada komposer Roslan Aziz, pelakon Sharifah Amani dan penyanyi dan komposer Edry (KRU).

AF 2013 dihoskan oleh Zizan Razak.

Sementara itu, Siti berkata, secara keseluruhannya kesemua peserta telah menunjukkan peningkatan cemerlang terutama dari segi vokal dan berharap mereka yang melayakkan diri ke peringkat akhir dapat memberikan persembahan terbaik pada minggu terakhir AF 2013.

"Walaupun Azhael tersingkir tetapi mereka telah memberikan persembahan terbaik dan saya yakin mereka mempunyai peluang cerah untuk maju dalam bidang nyanyian.

"Secara keseluruhannya kesemua peserta telah memberikan persembahan terbaik dan mendapat kritikan baik daripada pengkritik," ujarnya.

Pada minggu ini kesemua peserta perlu menyanyikan dua buah lagu menerusi dua segmen.

Menariknya pada malam tersebut beberapa artis terkenal seperti Zamani, Ella, Rahmat (Mega), Salem (Iklim) dan Mus (May) membuat kejutan apabila muncul pada persembahan peserta.

Konsert yang berlangsung selama dua jam ini turut dihadiri tenaga pengajar AF 2013 seperti Fizz Fairuz, Shafi Sharif, Alam Wakaka dan Suhaili.

Selain Siti Nurhaliza, AF 2013 turut menampilkan dua lagi tenaga pengajar utama yang dikenali sebagai 'Inspirer' iaitu Faizal Tahir dan Melly Goeslow.

AF 2013 bersiaran secara langsung setiap Ahad pukul 9 malam di Astro Ria (104) dan Astro Maya (135).

-mStar Online

Rumah Eminem Hangus Dijilat Api

Rumah tempat penyanyi rap terkenal Eminem dibesarkan dilaporkan hangus selepas ia terbakar pada kejadian pada Khamis lalu.


Menurut laporan Detroit News, api mula menyala pada bahagian bumbung rumah sebelum ia merebak ke beberapa kawasan lain sebelum ia disedari oleh jiran berdekatan.

Bagaimanapun pihak berkuasa masih belum dapat memastikan punca kebakaran tersebut.

Menurut maklumat awam, rumah berkenaan adalah milik ibu kepada Eminem iaitu Deborah Mathers sejak tahun 1980.

Bagiamanapun, status pemilikan itu berubah dan rumah berkenaan sedang dilelong untuk dijual.

–mStar Online

'Biar Jamal Jelaskan Mengenai Hasrat Merisik'

Penyanyi Nas Adila menyerahkan kepada Datuk Jamal Abdillah bagi menjelaskan kepada umum tentang status sebenar hubungan mereka serta desas-desus kononnya dia bakal dirisik.

Nas Adila.

Nas, 27, berkata, adalah tidak manis baginya untuk bercakap mengenai perkara itu kerana dia bimbang akan dipandang serong oleh sesetengah pihak.

"Sebagai seorang perempuan rasanya tidak manis untuk saya bercakap mengenai hal-hal berkaitan dengan perkara seperti merisik atau pun perkahwinan dan saya minta maaf kerana tidak boleh memberi apa-apa komen.

"Biarlah Jamal yang memberitahu kepada pihak media," katanya kepada mStar Online ketika dihubungi di sini pada Rabu.

Nas mengulas mengenai laporan akhbar yang mendedahkan Jamal berhasrat untuk memperisterikannya dan rombongan merisik bakal berlangsung dalam waktu terdekat ini.

Jamal Abdillah.

Dalam perkembangan sama, Nas tidak menafikan hubungan mereka semakin rapat sejak penyanyi terkenal itu mengundangnya bersama-sama menjayakan 'Konsert Ekstravaganza Jamal Abdillah - P. Ramlee Dalam Kenangan’ di Istana Budaya pada 30 Mei hingga 2 Jun lalu.

Jelas Nas, sejak itu dia sering di undang untuk mengadakan persembahan bersama Jamal selain selesa berkawan dengan lelaki berusia 54 tahun itu.

"Saya akui hubungan kami rapat kerana Jamal sering mengundang saya sebagai rakan duetnya pada persembahan pentas dan selesa dapat bekerjasama dengan beliau," katanya.

Dalam pada itu, Nas berkata, laporan yang mengatakan dia memutuskan hubungan dengan penyanyi Aliff (AF) adalah tidak benar kerana keputusan untuk berpisah dibuat secara bersama.

Jelas Nas, hubungan mereka masih baik selain menganggap mereka sudah tiada jodoh.

Sementara itu, Jamal menerusi pembantu peribadinya meminta sedikit masa untuk menjelaskan mengenai khabar angin mengenai majlis merisik yang akan diadakan itu.

-mStar