Zain Saidin Tolak Gosip Niakah Pada 11.12.13

Pelakon Zain Saidin menolak desas-desus kononnya dia dan aktres Rozita Che Wan bakal bernikah pada 11 Disember depan mengambil angka 11.12.13.


Zain, 29, berkata, dia dan Rozita akan mengadakan sebuah sidang media khas bagi mengumumkan tarikh pernikahan mereka pada pertengahan bulan hadapan selepas dia kembali dari Amerika Syarikat kerana menjalani penggambaran.

"Saya tidak pernah memberitahu kepada sesiapa untuk bernikah pada tarikh tersebut dan itu hanyalah andaian daripada pihak lain dan bukannya datang dari mulut saya atau pun Rozita.

"Bagaimanapun persoalan itu akan terjawab pada satu sidang media khas untuk mengumumkan perkara itu sekembalinya saya daripada Amerika Syarikat pada pertengahan bulan hadapan," katanya ketika dihubungi mStar Online di sini pada Khamis.

Akhbar melaporkan pasangan itu dipercayai memilih tarikh tersebut kerana ia mempunyai turutan angka yang menarik dan sumber turut mengesahkan mengenai perkara berkenaan.

Dalam pada itu, Zain tidak menafikan tarikh berkenaan istimewa dan menjadi pilihan banyak pasangan pengantin untuk melangsungkan perkahwinan.

"Ia adalah tarikh popular dan saya agak bimbang sekiranya kami memilih tarikh itu ia akan bertembung dengan banyak majlis lain yang mungkin akan menimbulkan masalah.

"Apa-apa pun masih belum ada keputusan muktamad mengenai tarikh kahwin kami dan ia akan dijelaskan pada sidang media itu nanti," ujarnya.

-mStar

Share this

Related Posts

Previous
Next Post »

Apa kata anda komen sedikit..;) EmoticonEmoticon