Akhirnya Jonas Brothers Dibubarkan

Trio adik-beradik yang dianggotai oleh Kevin, Nick dan Joe iaitu Jonas Brothers telah mengambil keputusan untuk membubarkan kumpulan tersebut.

Jonas Brothers
Jonas Brothers mengambil keputusan 
untuk membubarkan kumpulan mereka.

Kevin yang mewakili adik-adiknya berkata, mereka mahu membina kerjaya solo namun mengakui bukan mudah untuk berpisah sebagai sebuah kumpulan.

"Ia telah berakhir walaupun sukar untuk kami membuat keputusan itu kerana sebelum ini kami berkongsi segala-galanya," katanya kepada majalah People.

Jonas Brothers membuat kemunculan pertama pada tahun 2005 dan telah melancarkan tiga buah album iaitu It's All About Time, A Little Bit Longer dan Lines, Vines and Trying Times.

-mStar

Share this

Related Posts

Previous
Next Post »

Apa kata anda komen sedikit..;) EmoticonEmoticon