Justin Bieber Punca Perpisahan Miranda Kerr dan Orlando Bloom?

Berita perpisahan Miranda Kerr dan Orlando Bloom pasitnya mengejutkan peminat pasangan popular ini.


Namun, sehingga kini baik Orlando dan Miranda tidak menyatakan punca perpisahan mereka kepada pihak media.

Walau bagaimanapun menurut Daily Mail, penyanyi remaja Justin Bieber mungkin menjadi penyebab kepada perkara itu.

Bieber dan Miranda dikatakan mula rapat selepas pertunjukkan fesyen Victoria’s Secret tahun lalu dan sejak itu mula timbul khabar angin mengatakan Miranda bermain kayu tiga dengan penyanyi kontroversi tersebut.

Miranda dan Orlando berpacaran sejak 2007 dan mendirikan rumah tangga pada 2010.

Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan anak lelaki, Flynn, 2 tahun.

-Mynewshub

Share this

Related Posts

Previous
Next Post »

Apa kata anda komen sedikit..;) EmoticonEmoticon