Umum tahu, pasangan selebriti, Miranda Kerr dan Orlando Bloom sah berpisah sejak beberapa bulan lalu.
Walaupun beberapa kali menafikan perkara itu, akhirnya Bloom dan Kerr terpaksa akui bahawa hubungan mereka gagal diselamatkan.
Tidak seperti kebanyakan pasangan lain, mereka memilih untuk tidak bersengketa dan menyalahkan sesama sendiri terhadap hubungan yang dibina hampir tiga tahun itu.
Malah, kemesraan yang dipamerkan selepas berpisah tidak membezakan status mereka sebelum ini.
Beberapa hari setelah mengumumkan perpisahan, Kerr, 30, dan Bloom, 36, dilihat bersama anak tunggal mereka, Flynn, bersiar-siar di Manhattan, New York, persis suami isteri.
Malah, ketika itu, Bloom tanpa segan silu sempat mencium Kerr yang sedang mendukung si kecil mereka.
Menurut Bloom, walaupun hubungan mereka sudah berakhir, namun mereka masih berkelakuan seperti biasa demi membesarkan anak.
"Kami masih lagi berkasih sayang, menghormati antara satu sama lain dan memberi sokongan untuk kehidupan masing-masing.
"Tiada istilah sengketa kerana kami akan membesarkan Flynn bersama. Kami tidak akan biarkan Flynn membesar tanpa kasih sayang.
"Walaupun kami tidak lagi tinggal bersama, kami tetap ibu bapa kepada Flynn dan kami tetap satu keluarga," kata aktor, Pirates of The Carribean, ini.
Mula menjalinkan hubungan cinta pada 2007, pasangan ini membuat keputusan untuk berkahwin pada Julai 2010.
Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan seorang putera, Flynn, 2 , pada 6 Januari 2011.
Berpisah cara baik
Perpisahan Bloom dan Kerr memang memberi kejutan hebat buat peminat dan masyarakat kerana pasangan itu jarang dikaitkan dengan kontroversi.
Malah, sepanjang usia perkahwinan, mereka tidak terlalu terbuka dalam membincangkan soal peribadi seperti segelintir pasangan selebriti lain.
Namun, ramai peminat yang membuat andaian rumah tangga mereka dilanda badai apabila pasangan itu tidak kelihatan tampil bersama sejak beberapa bulan lalu.
Kali terakhir Bloom dan Kerr dilihat bersama adalah ketika pembukaan teater, Romeo And Juliet, pada 19 September lalu.
Menurut Bloom, mereka tidak pernah menghadapi persengketaan besar sehingga menyebabkan hubungan itu berakhir dengan air mata.
"Kami pilih untuk berpisah dengan cara baik. Tiada persengketaan antara kami dan ianya berjalan dengan suasana cukup tenang.
"Perpisahan ini adalah jalan yang terbaik untuk kami setelah berbincang. Malah, kami akan tetap mencintai antara satu sama lain," katanya.
Bagaimanapun, perpisahan pasangan ini turut dikaitkan berpunca daripada pelantun lagu, Never Say Never.
Perkara ini mula diperkatakan apabila gambar mesra Kerr bersama Justin Bieber, tahun lalu menjadi penyebab keretakan rumah tangga pasangan itu.
Namun, sehingga kini, baik Bieber mahupun Kerr, masing-masing bertindak mengunci mulut daripada memberi sebarang penjelasan.
-mStar

Apa kata anda komen sedikit..;) EmoticonEmoticon