Robbie Williams Akui Sukar Menjadi Bapa

Penyanyi Robbie Williams memberitahu bergelar seorang bapa merupakan pengalaman paling menakutkan buatnya dan dia masih ragu-ragu sama ada dapat menggalas tanggungjawab itu dengan baik atau tidak.

Robbie Williams

Robbie, 39, berkata, dia masih dalam keadaan sukar untuk menjaga anak perempuannya, Theodora yang kini berusia 13 bulan walaupun menyayangi anaknya itu sepenuh hati.

“Saya sudah mencuba yang terbaik tetapi saya belum mahir untuk menjaga seorang anak kerana tugas itu sangat mencabar,” akuinya seperti dilaporkan contactmusic.com.

Penyanyi itu turut menghasilkan sebuah lagu untuk anaknya berjudul Go Gentle dan menurut Robbie ia ditulis pada hari Theodora dilahirkan.

“Dia mengubah hidup saya kerana sebelum ini saya hanya memikirkan tentang kerjaya. Theodora mengajar saya untuk menjadi lebih bertanggungjawab tentang perkara lain,” katanya.

Sumber: mStar Online

Share this

Related Posts

Previous
Next Post »

Apa kata anda komen sedikit..;) EmoticonEmoticon