Konsert Siti Nurhaliza Catat Sejarah Di Istana Budaya

Konsert solo tradisional pertama nyanyian, Datuk Siti Nurhaliza iaitu Lantera Timur mencatat sejarah sejak penubuhan Istana Budaya apabila ia mampu mengutip jualan tiket RM1 juta.


Ketua Pengarah Istana Budaya, Datuk Mohamed Juhari Shaarani berkata, ia merupakan persembahan solo paling berjaya berbanding acara-acara lain yang diadakan di pusat kebudayaan itu dengan penjualan tiket tertinggi.

"Sebelum ini belum ada lagi persembahan solo daripada mana-mana artis yang mampu mencatatkan penjualan tiket mencecah RM1 juta dan Siti telah memecahkan rekod tersebut.

"Angka itu mampu meningkat lebih lagi namun persembahan pada malam terakhir pada 24 September lalu bagaimanapun sebahagiannya dibuka kepada tetamu khas," katanya.

Konsert tradisional Siti Nurhaliza itu diadakan pada 20 hingga 22 September dan 24 September 2013.

-mStar

Share this

Related Posts

Previous
Next Post »

Apa kata anda komen sedikit..;) EmoticonEmoticon