Insiden filem KL Gangster 2 yang dicetak rompak sebelum tayangan membuatkan pengarahnya, Syamsul Yusof berputus asa sehingga membuatkan dia ingin berhenti daripada bidang pengarahan.
Bapanya yang juga merupakan penerbit filem itu, Datuk Yusof Haslam berkata, perkara itu benar-benar membimbangkannya kerana beliau risau jika Syamsul nekad membuat keputusan itu.
"Emosi Syamsul masih terganggu sehinggakan dia cakap tak nak buat filem lagi. Dia benar-benar kecewa dengan apa yang dah berlaku.
"Syamsul ni jenis degil, kalau dia kata dia nak buat sesuatu tu, dia akan buat. Ini yang cukup membimbangkan saya dan takut jika dia benar-benar bermaksud begitu," katanya.
Yusof ditemui pada majlis pratonton filem KL Gangster 2 di GSC One Utama di sini pada malam Isnin. Bagaimanapun Syamsul tidak menghadiri majlis tersebut.
Minggu lalu, Yusof dan Syamsul melahirkan perasaan marah apabila lebih 70 peratus hasil filem berkenaan telah disebarkan di laman Internet sebelum tayangan sehingga ia boleh dimuat naik oleh peminat.
Langkah itu boleh menyebabkan kerugian besar kepada penerbit filem jika orang ramai tidak menonton kerana ia telah disebarkan lebih awal secara haram.
Kos pembikinan filem itu menelan belanja kira-kira RM4.5 juta.
Tambah Yusof, Syamsul tidak boleh berhenti mengarah kerana dia satu-satunya pengarah muda yang berjaya di mana dia perlu memajukan kembali perfileman tempatan yang semakin 'nazak'.
"Ramai yang datang kepada saya dan memberitahu bahawa saya bertuah mempunyai anak seperti Syamsul yang dapat meneruskan legasi empayar perniagaan saya. Tak semua anak ahli perniagaan yang mahu ikut jejak langkah ayahnya.
“Saya harap dengan sokongan para penonton terhadap filem ini ia dapat mengembalikan semula semangatnya. Saya harap dia tak silap perhitungan dan tidak putus asa," ujar Yusof.
KL Gangster 2 bakal ditayangkan pada 3 Oktober depan yang mengisahkan tentang dua orang adik-beradik iaitu Malek (Aaron Aziz) dan Jai (Adi Putra) secara tidak langsung terjebak dalam dunia gengster setelah kematian ayah mereka 10 tahun lalu.
Kehidupan mereka di samping ibu (Ku Faridah) sering dihimpit ketakutan apabila sekumpulan gengster datang mengugut untuk meminta hutang ayah mereka.
Disebabkan kesempitan wang dan keperitan hidup maka Jai menjadi semakin liar hingga sanggup melakukan apa saja demi wang bagi mengubah nasib hidupnya. -mStar

Apa kata anda komen sedikit..;) EmoticonEmoticon