Pelakon jelita, Nora Danish mengakui dirinya kini sedang mengenali hati budi anak kepada Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Y.B. Dato' Seri Mohamad Nazri Abdul Aziz, Nadem.
"Hala tuju tu tak ada tapi sekarang ini kami sedang mengenali hati budi masing-masing. Saya ibu tunggal, dia pula bapa tunggal. Masing-masing dah pernah melalui alam perkahwinan. Jadi kali ini kalau kami nak ke jinjang pelamin kami akan memikirkan banyak hal dan tidak mahu terburu-buru," katanya ketika ditemui pada majlis pratonton filem "Lagenda Budak Hostel" di Cathay Cineplex ECurve, semalam.
Pada masa sama, Nora turut mengakui mereka kerap berjumpa kerana rumah mereka terletak berdekatan, malah anak-anak mereka juga berkawan baik.
"Ya, saya kerap jumpa dia sebab rumah dia dekat dengan rumah saya. Lagipun keluarga saya dengan keluarga dia berkawan baik. Anak saya dan anak lelaki dia yang berusia setahun lapan bulan itu juga berkawan baik."
Tambah ibu anak satu ini, dia tertarik dengan jejaka itu kerana menganggap Nadem seorang yang baik dan budiman, dan sikapnya itu membuatkan Nora selesa berkawan dengannya.
"Dia seorang lelaki yang baik dan suka tolong kepada orang susah. Harap-harap satu hari nanti saya doakan Allah membuka pinta hati saya untuk berkahwin.
"Saya akui pengalaman lalu banyak mengajar saya."
Sementara itu, Nora berkata dia tidak kisah jika ada pihak yang menganggap dia dan Nadem dikatakan sedang hangat bercinta gara-gara gambar romantik mereka yang dimuat naik di laman Instagram Nora baru-baru ini.
"Saya memang suka ambil gambar. Dan idea gamabr sewaktu di Bali itu secara spontan. Saya tak salahkan orang kalau mereka kata kami bercinta.
"Tapi bagi saya, saya tak mahu bercakap lebih-lebih tentang perkara cinta sebab selagi tidak ada kepastian, saya tak mahu hebahkan. Lainlah kalau dah betul-betul nak kahwin baru saya kongsikan." [Sumber]

Apa kata anda komen sedikit..;) EmoticonEmoticon