Afiq Muiz Nafi Larikan Wang RM30,000!

Pelakon kontroversi Afiq Muiz hari ini menafikan dakwaan Global Station Sdn. Bhd. bahawa dia sengaja melarikan diri daripada syarikat produksi itu setelah menerima wang pendahuluan sebanyak RM30,000.

Afiq Muiz

Afiq, 21, yang merupakan artis residen Global Station ketika dihubungi Utusan Online enggan mengulas lanjut berhubung kontroversi terbaharu yang melanda beliau.

"Semua dakwaan itu tidak benar. Maaf saya sibuk, saya tidak mahu komen apa-apa," katanya ringkas sebelum meletakkan telefon.

Afiq atau nama sebenarnya Muhammad Afiq Muiz Azman Shah sebelum ini dikatakan menerima pendahuluan sebanyak RM30,000 selepas mengikat kontrak sebagai artis residen syarikat produksi tersebut.

Namun, Afiq direhatkan untuk seketika daripada muncul dalam mana-mana produksi syarikat tersebut ekoran kontroversi berhubung pergaduhan pelakon itu dengan ibunya, Hasliza Mohd, 48.

Setelah beberapa bulan berlalu dan kontroversi itu reda, Penerbit Eksekutif Global Station, Zetty Alia Ramly cuba menghubungi Afiq untuk meminta dia membintangi beberapa buah drama.

Bagaimanapun Zetty Alia mendakwa sehingga kini pelakon remaja itu tidak menjawab panggilan telefon beliau atau membalas khidmat pesanan ringkas (SMS) yang ditinggalkan.

Sumber: Utusan

Share this

Related Posts

Previous
Next Post »

Apa kata anda komen sedikit..;) EmoticonEmoticon