Rita Rudaini Tidak Menolak Jika Jodoh Dengan Aidil Masih Panjang

Walaupun kes mengenai keretakan rumahtangganya masih lagi dalam proses perbicaraan mahkamah, pelakon Rita Rudaini menyatakan dia tidak menolak sekiranya ditakdirkan jodohnya dengan suami, Aidil Zafuan masih lagi kuat.


“Kes mahkamah masih tak selesai lagi. Tapi saya tak fikir sangat hal itu sebab lebih baik saya fokus pada anak. Kalau ikutkan hati memang rasa marah sebab dah berlarutan lama. Tapi bila saya fikir kembali, jodoh itu bukan di tangan sesiapa hanya di tangan Allah. Kalau jodoh saya dengan dia (Aidil Zafuan) kuat, saya redha”,

“Kalau jodoh kuat, itu semua kerja Tuhan”, katanya ketika ditemui semasa majlis pelancaran koleksi terbaru Pandora sempena musim lebaran, di sini, semalam.

Ketika disapa pihak media yang hadir pada majlis itu, Rita sempat berseloroh dengan mengatakan, “Alhamdullillah, saya bahagia walaupun masih belum solo lagi”.

Menjelang bulan Ramadan yang bakal tiba minggu hadapan, Rita turut mengambil kesempatan di bulan mulia itu untuk fokus berpuasa selain ingin mengerjakan ibadat sunat solat Tarawikh.

Oleh itu, dia tidak mengambil sebarang tawaran bekerja pada bulan tersebut selain memberi tumpuan kepada perkembangan kedua-dua anak kesayangannya, Airit Rayyan Rizqin, 4, dan Airit Rafqa Arjuna, 2.

Ketika ditanya mengenai persiapan lebaran Aidilfitri, Rita nyata merupakan seorang yang tidak suka membuat kerja ‘last minute’ apabila kelengkapan raya untuk dirinya dan juga anak-anaknya sudah disediakan terlebih dahulu.

“Saya akan berpuasa di Kuala Lumpur dan beraya di kampung halaman Perlis. Persiapan raya, baju melayu anak-anak dua pasang seorang, sementara baju kasual banyak disediakan untuk mereka,” katanya yang menyediakan sebanyak 10 pasang baju kurung untuk lebaran tahun ini.

[Sumber]

Share this

Related Posts

Previous
Next Post »

Apa kata anda komen sedikit..;) EmoticonEmoticon