Kecurangan Beckham Musnahkan Rumah Tangga?

Lumrah bagi pasangan suami isteri pastinya berdepan pelbagai dugaan sepanjang perkahwinan. Tidak terkecuali, pasangan popular, David Beckham dan Victoria.

David Beckham dan Victoria

Ternyata 15 tahun melayari alam rumah tangga memberikan pengalaman cukup berharga buat mereka.

Sebagai isteri kepada pemain bola sepak terkenal, Victoria mengakui, dia sememangnya tidak boleh lari dari perasaan cemburu. Sementelah Beckham sering menjadi buruan peminat, terutamanya wanita.

"Pelbagai dugaan yang saya dan Beckham terpaksa hadapi. Malah banyak gosip dan kontroversi sering menghampiri suami saya.

"Namun demi mempertahankan rumah tangga dibina, saya harus sentiasa tabah dalam hadapi ujian," katanya.

Akui Victoria, isu skandal seks Beckham pada 1999 lalu hampir meruntuhkan rumah tangga mereka, tapi kini segalanya semakin pulih dengan adanya empat anak mereka, Brooklyn, Romeo, Cruz, dan Harper.

Menurut Victroria, anak-anaklah yang menjadi benteng pertahanan yang paling kuat buat dia dan suami dalam melayari perkahwinan.

-Sinar Online

Share this

Related Posts

Previous
Next Post »

Apa kata anda komen sedikit..;) EmoticonEmoticon