Salman Khan tamatkan zaman bujang?

Lama membujang, akhirnya aktor kacak, Salman Khan, membawa kekasihnya Lulia Vantur berjumpa dengan ibunya.


Menurut sumber, aktor Dabangg 2 itu tidak mahu lagi menjalinkan hubungan cinta terlalu lama seperti mana kekasih-kekasihnya sebelum ini.

"Sudah lama dia hidup sendirian dan sekarang sudah tiba masanya untuk dia berkahwin.


"Sebab itulah dia mengambil keputusan membawa Lulia berjumpa dengan ibunya.

"Itu adalah tanda baik dalam hubungan mereka dan mungkin selepas ini peminat akan mendapat berita lebih gembira," kata sumber.

-Sinar Online

Share this

Related Posts

Previous
Next Post »

Apa kata anda komen sedikit..;) EmoticonEmoticon