Heliza Helmi Bersyukur Ramai Rakan Artis Mula Bertudung

Kebelakangan ini, banyak artis wanita yang sudah membuat penghijrahan dalam imej mereka iaitu dengan mengenakan hijab.


Yang terbaru ialah aktres Lisdawati yang mengikut jejak langkah rakan artis lain seperti Irma Hasmie, Natasha Hudson, Farah Asyikin dan Diana Amir yang terlebih dulu mengenakan hijab.

Melihat situasi sebagai satu perubahan positif dalam bidang hiburan, pengacara rancangan Rasa Halal Antarabangsa, Heliza Helmi menyatakan rasa kesyukuran di atas perkara tersebut.

“Saya melihat ia kesedaran yang sangat bagus apabila semakin ramai artis wanita berhijab. Itulah yang diinginkan dan ia juga menandakan betapa industri hiburan tanah air kini ke arah perubahan positif,” katanya kepada Harian Metro.

Heliza turut mengingatkan muslimah di luar sana bahawa tidak salah untuk berfesyen sekiranya sudah berhijab tetapi sebaik-baiknya pakaian yang dikenakan itu tidak terlalu ketat serta labuh menutupi punggung mereka.

-Mynewshub

Share this

Related Posts

Previous
Next Post »

Apa kata anda komen sedikit..;) EmoticonEmoticon