Cinta Jehan Miskin Dan Isteri Bermula Di Gimnasium

Pertemuan di sebuah gimnasium di ibu kota sekitar lima tahun lalu nyata telah membawah jodoh buat aktor, Jehan Miskin yang selamat diijabkabulkan dengan isterinya, Julie Camelia Rhee petang semalam.


Pasangan tersebut telah diijabkabul oleh Pendaftar Perkahwinan, Penceraian dan Rujuk Orang Islam Wilayah Persekutuan, Mohd Sahirman Ahmad dengan mas kahwin sebanyak RM12,000 tunai pada pukul 2.40 petang.

Selepas acara akad nikah, majlis minum petang diadakan dengan kehadiran tetamu seramai 100 orang di Carcosa Seri Negara.

Pengantin lelaki menghantar tiga dulang hantaran berbalas tiga dulang juga daripada pihak perempuan yang antaranya komputer riba jenama Apple, set beg Braun Buffel & set mandian.

Julie, 29, yang merupakan seorang wanita berbangsa Korea berkata dia pada awal perkenalannya dengan Jehan menyangka lelaki itu hanyalah seorang penganggur dan tidak menyangka sama sekali yang Jehan adalah seorang aktor terkenal.

Bagaimanapun, pada temujanji kedua mereka, dia mula berasa pelik apabila Jehan sering didatangi orang yang mahu bergambar dengannya dan masa itu barulah Julie mengetahui yang Jehan adalah seorang aktor.

Jehan, 34, pula berkata, selepas tiga tahun mengenali Julie, dia sudah mula merasakan wanita itu adalah calon isteri yang diinginkannya dan telah melamar Julie pada tahun lalu di Menara Seoul, Korea.

Julie yang bekerja sebagai pengurus majlis itu sudah menetap di sini sejak enam tahun lalu dan katanya, dia serasi dengan suasana budaya masyarakat di sini selain selesa menetap di negara ini.

-Murai

Share this

Related Posts

Previous
Next Post »

Apa kata anda komen sedikit..;) EmoticonEmoticon