Chacha Maembong Nafi Cemburui Kejayaan Kakaknya Emma Maembong

Pelakon Chacha Maembong mengakui tidak pernah berasa iri hati atau cemburu terhadap populariti yang diraih kakaknya Emma Maembong dalam industri hiburan.


Malah, Chacha, 17, berkata, populariti kakaknya menjadi pendorong untuk dia bersaing secara sihat dalam bidang lakonan ini.

“Saya tidak pernah rasa cemburu dengan Emma, ini mungkin sudah rezeki dia untuk dikenali.

“Malah saya bangga untuk dia, kami saling bantu membantu dalam soal lakonan jika ada yang tidak tahu,” katanya ketika ditemui baru-baru ini.

Jelasnya, dia percaya kedua-dua mereka mempunyai kelebihan masing-masing dan bakat tersendiri dalam bidang ini.

“Kami bersaing cara sihat dan tidak pula ada rasa ingin berlawan antara satu sama lain.

“Saya percaya kami masing-masing ada bakat tersendiri dan berlainan,” katanya.

Kata Chacha, dia turut menyimpan harapan untuk berlakon bersama Emma, jika diberi peluang.

Tambahnya, Emma banyak memberi nasihat kepadanya terutamanya soal berkaitan cinta dan hubungan.

“Emma banyak beri nasihat agar saya tidak salah langkah atau perkara-perkara yang boleh memberi kesan buruk pada saya.

“Yerla mungkin dia sudah lebih banyak kali lalui gosip berbanding saya,” katanya.

-mStar

Share this

Related Posts

Previous
Next Post »

Apa kata anda komen sedikit..;) EmoticonEmoticon