Sejak kebelakangan ini, isu kulit muka putih melampau yang dimiliki penyanyi kelahiran Ranau, Sabah, Adira Suhaimi mula mencuri perhatian kebanyakan peminat industri tanah air.
Kebanyakan berkata kulit putihnya itu tidak langsung menyerlahkan kejelitaan sedia adanya itu sebaliknya merasakan wajahnya seakan putih pucat atau putih lesu malah peminatnya bimbang sekiranya kelak Adira mendapat kesan sampingan kesan daripada pengambilan ubat-ubatan atau kosmetik yang dilakukannya itu.
Mengulas mengenai perkara itu, Adira menjelaskan kepada mStar Online, “saya memang dilahirkan dengan kulit yang putih dan ingin ditekankan bahawa saya tidak pernah melakukan sebarang teknik suntikan atau memakan pil untuk mendapatkan kulit putih dan gebu.
Dulu nampak gelap sikit mungkin sebab cuaca di Ranau panas dan apabila ke Kuala Lumpur ia tidak seteruk di sana tambahan pula apabila menjadi artis saya lebih bijak menjaga penampilan diri”.
Adira bagaimanapun mengakui dia ada menggunakan sejenis krim yang bertindak untuk mengekalkan kelembapan kulitnya.
“Benar saya gunakan krim tetapi ia krim biasa sahaja dan saya yakin orang lain juga ada menggunakannya. Saya tidak lihat ada apa-apa isu sekiranya saya ingin menggunakan krim tersebut bagi menjaga kesihatan kulit saya,” jelasnya lagi.
-Mynewshub

Apa kata anda komen sedikit..;) EmoticonEmoticon