Isu Kahwin, Rozita Che Wan Tuduh Wartawan Putar-belit Kenyataan

Kurang dari 24 jam berita perkahwinan Rozita Che Wan diperkatakan, pelakon jelita ini tampil memberi kenyataan balas terhadap laporan yang dikeluarkan oleh akhbar Harian Metro. Jelas Rozita atau Che Ta, dia tidak pernah memberitahu wartawan terbabit mengenai tarikh perkahwinannya. Sebaliknya wartawan akhbar terbabit yang mencadangkan tarikh tersebut.


Dalam laporan sebuah portal hiburan, Che Ta turut memberitahu dia sering menjadi mangsa putar-belit kenyataan. Biarpun begitu, pelakon berusia 42 tahun ini mengakui ingin melangsungkan perkahwinan dengan Zain Saidin dalam tahun ini juga.

Terdahulu, Zain Saidin sempat meluahkan rasa terkejut apabila mendapat tahu Rozita merancang untuk berkahwin dengannya dalam waktu terdekat. Bahkan, Zain menepis laporan akhbar Harian Metro itu. Jelas Zain, tidak mungkin dia akan berkahwin dengan Rozita pada Julai kerana pada waktu itu umat Islam sedang sibuk membuat persiapan menyambut bulan Ramadhan.

Mengulas kepada wartawan Mstar.com.my, Zain turut menjelaskan keluarganya tidak ada halangan untuk dia memperisterikan Rozita.

-Gua.com.my

Chris Brown dan Rihanna Berkahwin Tahun Ini?

Perjalanan kisah cinta penyanyi, Chris Brown dan Rihanna mungkin berakhir dengan penuh bahagia apabila pasangan ini dikatakan bersedia untuk berkahwin.


Menurut laporan sebuah majalah antarabangsa, pasangan ini akan berkahwin pada musim panas, Julai depan.

Jika sebelum ini mereka sering menafikan hubungan yang terjalin, namun ramai dalam kalangan peminat mereka amat gembira dengan keputusan itu.

Bagaimana pun, sehingga kini, kedua-dua penyanyi tersebut masih mendiamkan diri dan mengelak daripada beri sebarang penjelasan mengenai perkara itu.

-Sinarharian

Catherine Zeta-Jones Dan Michael Douglas Sah Bercerai

Aktres cantik, Catherine Zeta-Jones dilaporkan telah sah bercerai dengan suaminya, Michael Douglas, sejak musim panas lalu.


Sebelum ini, Jones, 43, pernah menafikan kemelut rumah tangganya, namun perkahwinan selama 12 tahun itu akhirnya gagal diselamatkan lagi.

Penceraian itu dikatakan berpunca daripada masalah kesihatan Douglas, 68, yang semakin teruk. Namun, Jones menafikan dakwaan tersebut.

"Kami berpisah bukan sebab itu saja. Kami tidak dapat bersama lagi kerana beberapa perkara. Mungkin inilah jalan terbaik," katanya.

Turut dilaporkan, Michael telah berpindah dari rumah yang didiami bersama Jones serta dua anaknya, Dylan dan Carys, serta dikatakan menyewa di kawasan berdekatan.

-Sinarharian

Sharifah Sakinah Bersalah, Maafkan Dia - Sharifah Shahirah

"Sudah-sudahlah tu, berdamailah." Itulah permintaan pelakon komedi terkenal, Sharifah Shahirah berhubung isu perang dingin antara adiknya, Sharifah Sakinah, 24, dan pelakon cantik, Julia Ziegler, 29.


Menurut Shahirah yang lebih mesra disapa Shiera ini, dia mengakui kesilapan adiknya itu dan berharap agar mereka tidak memperbesarkan hal tersebut lagi.

"Saya mohon maaf bagi pihak Sakinah. Saya tahu, Sakinah cuba untuk berbaik semula, namun dia tersilap langkah. Kenyataan Sakinah itu bukanlah untuk memburukkan Julia, namun berharap untuk menjernihkan hubungan tersebut.

"Saya tidak kata adik saya baik dan betul, sememangnya Sakinah bersalah daripada awal lagi. Namun, Julia harus bersikap profesional dan tidak menjadikan media sebagai platform untuk bercerita.

"Kenapa tidak menghubungi Sakinah sendiri untuk bertanya mengenai perkara itu.

"Lagipun, ia bukanlah masalah besar. Mereka hanya perlu berbincang untuk mencari kata putus," katanya yang turut menasihati Sakinah supaya tidak memberikan apa-apa kenyataan kepada media.

Pertelingkahan dua selebriti jelita ini berlarutan sejak beberapa tahun lalu. Julia mendakwa Sakinah cuba memfitnahnya kepada pelakon, Gambit Saifullah.

Berharap agar pertelingkahan ini segera berakhir, Shiera memohon agar Julia dan Sakinah menyelesaikan perkara itu sebaik mungkin.

"Tidak salah kalau kita rendahkan diri untuk memaafkan orang lain. Malah, ia satu tindakan mulia sebagai orang Melayu dan Islam.

"Lagipun, pergaduhan ini tidak memberi apa-apa kebaikan, sebaliknya orang luar akan mentertawakan kita. Saya kenal Sakinah, dia bukanlah orang yang suka mencari musuh.

"Sejak kecil lagi, dia seorang yang disenangi, kelakar dan ramai kawan. Mungkin faktor usia dan desakan sekeliling membuatkan dia berkelakuan begitu," kata Shiera.

Pernah dimarahi Julia ketika menghadiri majlis persandingan pelakon, Norman Hakim dan Memey Suhaiza, dua tahun lalu, Shiera mengakui sudah memaafkan pelakon itu.

Walaupun pada mulanya terasa hati dengan tindakan Julia yang memarahinya di khalayak ramai kerana kesalahan Sakinah, kata Shiera, dia tidak pula menyimpan dendam.

"Saya sudah memaafkannya. Namun, kenapa susah sangat dia nak maafkan kesalahan orang? Memang mulut saya agak celupar bila bercakap, namun saya tidak suka mencari musuh.

"Dia tuduh saya dan keluarga macam-macam. Dia tuduh saya tak pandai jaga adik. Kenapa hal itu dituding kepada saya?

"Anak saya pun kadang-kadang terlepas pantau, inikan pula adik. Lagipun, Sakinah masih muda. Sejak awal lagi, saya berpesan kepada Sakinah supaya berhati-hati bila bercakap.

"Namun, siapa saya untuk tentukan segala perkara yang dia lakukan?

"Walau bagaimana pun, saya sudah menasihati Sakinah supaya diam dan jangan cuba beri apa-apa penjelasan.

"Saya tidak mahu lagi perkara ini menjadi lebih serius dan teruk," kata Shiera yang berharap agar hubungan mereka kembali jernih.

-Sinarharian

Lana Nordin Dituduh Jual Kontroversi Panas

Biarpun namanya sering terpalit dengan kisah-kisah panas, pelakon popular, Lana Nordin berjaya membuktikan dirinya bukan hanya dikenali menerusi kontroversi semata-mata.


Menerusi Festival Filem Malaysia ke-25 (FFM25) yang bakal berlangsung pada 2 Mac ini, Lana atau nama sebenarnya, Mazlina Hasan Nordin, 34, berjaya melayakkan diri dalam Top 5, bagi kategori Pelakon Pembantu Wanita Terbaik, menerusi filem Chow Kit.

Enggan mendabik dada dengan pencalonan itu, anak kelahiran Kuching, Sarawak, ini mengakui tidak mengharapkan apa-apa kemenangan dalam kategori tersebut.

"Pertama kali dicalonkan dalam FFM, saya memang terharu, terkejut dan bersyukur. Namun, saya akui, nama-nama lain yang turut dicalonkan jauh lebih hebat daripada saya.

"Saya sangat mengagumi mereka dan tentunya harapan untuk menang agak tipis. Pun begitu, saya bersyukur kerana tersenarai dalam kategori ini. Bagi saya, ia sudah cukup membanggakan.

"Saya berpuas hati dengan lakonan saya menerusi watak Siah. Pun begitu, saya kecewa kerana tidak semua babak dapat dipertontonkan kerana kekangan masa. Namun, ianya terubat dengan pencalonan ini," katanya yang hadir ketika majlis sidang media pengumuman tarikh FFM25, di Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (Finas).

Selain Lana, empat pelakon hebat yang dicalonkan dalam kategori ini termasuklah Fauziah Nawi (Hoore! Hoore!), Normah Damanhuri (Songlap), Lisa Surihani (Ombak Rindu) dan Nabila Huda (Jalan Kembali).

Tak layak?

Mengakui pemilihan finalis FFM25 bukan diukur daripada populariti seseorang artis, Lana enggan memikirkan tohmahan dan kritikan yang bakal timbul ekoran pencalonan tersebut.

"Tidak perlu mempertikaikan pencalonan itu kerana individu yang dipilih bukanlah diukur daripada populariti. Lagipun, tiada unsur 'beli undi' dalam FFM kerana proses penjurian sangat dititikberatkan dan tiada undian.

"Saya akui, memang saya tak banyak berlakon filem. Namun, tak semestinya berlakon banyak-banyak, baru layak dapat pencalonan. "Walaupun hanya terlibat dalam satu atau dua filem, jika pelakon itu berjaya membuktikan kemampuan dengan sokongan filem yang bagus dan jalan cerita menarik, apa lagi mahu dipertikaikan?," katanya yang juga digelar Pamela Anderson Malaysia ekoran imej seksinya.

Selain filem Chow Kit, Lana juga pernah membintangi filem arahan Afdlin Shauki, Pontinak vs Orang Minyak dan beberapa drama termasuk Gol & Gincu, Astana Idaman 3, Dunia Baru, Mendung Berarak Kelabu, Impian Itu Milik Kita, Kamasutra, Akademi

Cinta, Puteri, Cebisan Duka, Aku Juga Perlu Cinta, Kaizer, dan Tidurlah Permaisuri.

Ditemani kekasih

Tidak berselindung mengenai hubungan cintanya bersama model kelahiran Republik Czech, Parvel Michalec, 24, kehadiran Lana di sidang media FFM25 turut ditemani kekasihnya itu.

Bertanya mengenai tahap hubungannya, Lana mengakui mereka kini dalam proses mengenali antara satu sama lain.


Malah, kata Lana, ruang yang ada ketika ini digunakan untuk memperkenalkan budaya dan cara orang Melayu kepada Parvel.

"Insya-ALLAH, saya akan ke Czech pada Julai atau Ogos ini. Saya ingin bertemu dengan keluarganya di sana kerana Parvel melakukan perkara yang sama di sini.

"Saya telah membawanya berjumpa keluarga saya dan membawa ke set untuk melihat cara kerja saya. Lagipun, keluarga saya menerima Parvel dengan baik.

"Pun begitu, kami masih belum bercadang untuk mendirikan rumah tangga dalam masa terdekat ini. Biarlah dia (Parvel) memahami budaya dan agama Islam terlebih dahulu," katanya yang baru sahaja pulang bercuti di Bali bersama Parvel dan lima rakannya yang lain.

Lana dan Parvel yang menjalinkan hubungan cinta sejak lapan bulan lalu turut berhadapan dengan kontroversi hebat apabila gambar berbikini ketika percutian mereka pada tahun lalu tersebar.

Mengakui lebih berhati-hati dalam setiap langkahnya, Lana tidak mahu perkara yang sama berlaku lagi pada dirinya.

"Cukuplah, saya tidak mahu ia berulang lagi. Kini, saya lebih berhati-hati dalam segala perkara," katanya.

-Sinarharian

Petua Dewi Pertiwi Kelihatan Sentiasa Anggun

Demi memastikan penampilannya sentiasa anggun di mata peminat, penyanyi Indah Dewi Pertiwi sanggup menghabiskan masa berjoging berjam-jam lamanya.


Katanya, selain mampu memberikan bentuk badan yang menawan, ia juga memastikan tahap kesihatan dan stamina berada dalam keadaan baik.

"Saya memang selalu joging, biasanya dari pukul 7 hingga 9 pagi. Bagaimana pun, saya perlu memastikan setiap pusingan joging itu sebanyak 19 kali setiap hari.

"Pada masa sama saya juga akan pergi ke gimnasium jika ada waktu lapang," katanya bakal mengikuti konsert jelajah bersama televisyen swasta Indonesia di tiga bandar iaitu Semarang, Karawang, dan Malang nanti.

-Sinarharian

Tata Janeeta Tuntut Cerai?

Sudah mendirikan rumah tangga tiga tahun lalu bukan bererti penyanyi Tata Janeeta hidup bahagia bersama suaminya, Efran Fitrianto.


Malah menurut sumber, secara diam-diam pelantun lagu Sandiwara Cinta itu telah menuntut penceraian daripada suaminya itu.

"Kata Tata, dia selepas tiga tahun bersama, barulah dia dapat melihat perbezaan ketara dengan gaya hidup mereka.

"Baginya, mereka sudah tidak serasi kerana suaminya bersifat kebudak-budakan dan tidak matang," kata sumber.

-Sinarharian

Lisa Surihani 1.17 Juta Pengikut Ungguli Laman Twitter

Tiga pelakon popular berjaya mengekalkan pengaruh menerusi laman sosial Twitter masing-masing apabila kekal dengan jumlah pengikut teramai iaitu melebihi sejuta orang.


Pemantauan mStar Online sehingga pukul 2 petang pada Rabu mendapati pelakon Lisa Surihani yang sebelum ini berada pada tempat teratas mengekalkan kedudukannya apabila mencatatkan 1.17 juta pengikut.

Lisa menggunakan nama @LisaSurihani menerusi akaunnya.

Pelawak Zizan Razak menerusi akaun @zizanrajalawak pula berada pada kedudukan kedua dengan jumlah pengikutnya seramai 1.12 juta sementara bintang dari Singapura iaitu Aaron Aziz berada pada kedudukan ketiga.

Aaron menerusi akaun @Aaron535Aziz mempunyai pengikut seramai 1.01 juta.

Pelakon Shaheizy Sam pula menduduki tempat keempat dengan 898,775 pengikut manakala Datuk Siti Nurhaliza berada pada kedudukan kelima seramai 827,633.

Bagaimanapun jumlah pengikut itu masih belum berjaya memintas pengikut Twitter Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak iaitu seramai 1.3 juta.

Sementara itu mengulas mengenai kedudukannya yang berada pada tangga teratas Lisa, 26, berkata pada awalnya, dia membuka akaun Twitter adalah sekadar suka-suka seperti pengguna Twitter lain.

Namun, maklum balas positif membuatkannya lebih aktif dalam berkongsi maklumat dan kegiatan harian kepada pengikut Twitter.

"Saya mula buka akaun Twitter pada 2009, namun ketika itu tidak pernah terfikir untuk menulis dan berkongsi semua aktiviti saya kepada umum.

"Saya juga tidak menjangkakan mendapat lebih sejuta followers seperti hari ini," ujarnya.

Jelas Lisa, Twitter menjadi salah satu medium komunikasi antara dia dengan peminat-peminatnya secara tidak langsung.

"Saya memang ada satu sesi menjawab soalan peminat, di mana dalam sehari saya akan luangkan sedikit masa untuk menjawab soalan-soalan daripada followers," katanya.

Lisa yang mengakui kepentingan media sosial ini mengakui aktif dengan dunia media sosial seperti Facebook, Twitter dan kini Instagram.

"Ketika awal menjadi pelakon saya aktif dengan Fan Page Facebook dengan menghantar video-video terkini yang saya rakam khas untuk peminat.

"Kini dunia media sosial sibuk dengan Instagram pula, yang mana peminat lebih suka melihat gambar-gambar terbaru kita," katanya.

Sementara itu, Zizan Razak, 29, juga menganggap Twitter sebagai cara dia mendekati peminat-peminatnya.

"Jika saya ada masa terluang memang saya akan bertanya khabar dan berborak dengan pengikut-pengikut di Twitter.

"Dari situ juga kita boleh tahu tahap penerimaan dan pandangan mereka terhadap kita, sebab di Twitter mereka akan cakap terus sama ada suka atau tidak," katanya.

Ujar Zizan, Twitter juga boleh menjadi salah satu medium untuk dia mempromosi sesuatu filem atau aktiviti dilakukannya kepada peminat.

"Peminat lebih mudah untuk mengikuti perkembangan saya dari semasa ke semasa, namun begitu apa yang saya perhatikan mereka lebih suka jika saya tulis perkara-perkara yang saya sedang hadapi. Contohnya seperti mengeluh tentang jalan sesak," katanya.

Aaron Aziz tidak dapat dihubungi untuk mendapatkan komen kerana berada di luar negara.

Berikut ini senarai 11 pengikut teramai Twitter artis sehingga 2 petang, 27 Februari 2013.

1. Lisa Surihani – 1,179,061
2. Zizan Razak – 1,126,768
3. Aaron Aziz – 1,014,085
4. Shaheizy Sam – 898,775
5. Datuk Siti Nurhaliza – 827,633
6. Datuk Aznil Nawawi – 695,164
7. Wardina Safiyyah – 659,164
8. Nora Danish – 623,634
9. Irma Hasmie – 601,742
10. Neelofa - 600,768
11. Fazura – 553,286

-mStar

Halim Othman Perkenal Halim Shake di Youtube

Selepas Gangnam Style, kini tarian Harlem Shake menjadi fenomena terbaharu dunia Youtube.

Tarian Halim Shake yang diketuai oleh Halim Othman 
dipersembahkan di lobi Menara Star pada Rabu.

Tidak terlepas terkena demam Harlem Shake, penyampai radio Suria FM, Halim Othman turut mempunyi tarian Harlem Shakenya tersendiri yang digelar Halim Shake.

Halim bersama beberapa rakan deejay (DJ) dari Red FM menghiburkan pengunjung termasuk Timbalan Pengerusi Eksekutif The Star, Datuk Vincent Lee di lobi Menara Star pada Rabu.

Menurut Halim, pada awalnya dia telah dipaksa oleh DJ Red FM, Lil Kev dan JJ yang mana telah bertanggungjawab memuat naik video asal mereka Halim Shake di Youtube yang berdurasi 1.08 minit.

"Satu hari mereka berdua telah meletakkan kamera di depan saya dan meminta saya untuk menari seperti seperti Tan Sri SM Salim dalam lagu Apa Dah Jadi, jadi saya hanya menari mengikut apa yang saya tahu sahaja," katanya.

Berikut adalah pautan kepada video Halim Shake yang dimuat naik di YouTube baru-baru ini: http://youtu.be/jz2YL8fcnNU

Halim memberitahu pergerakan tarian yang dilakukannya cukup mudah, namun apa yang sukar kerana dia tidak pandai menari.

Sementara itu, DJ Lil Kev berkata idea dan konsep asal koreografi untuk tarian Halim Shake ini adalah daripada anaknya.

Dia berpendapat Halim Shake akan lebih mudah diterima dalam budaya masyarakat di Malaysia dan lebih bersopan santun.

"Ini adalah 100 peratus Malaysia, ia mudah diterima masyarakat kita, ditambah pula Halim Othman merupakan seorang ikon radio," katanya.

Kumpulan tarian Halim Shake terdiri daripada kakitangan kumpulan radio The Star, termasuk Suria FM, Red FM, 98.8 FM dan Capital FM.

Tarian Shake Harlem, yang muncul di YouTube awal bulan ini, adalah hasil kerja TheSunnyCoastSkate iaitu sekumpulan pemain papan luncur dari Queensland Australia, yang melakukan tarian spontan apabila hujan menghalang aktiviti luar mereka.

Harlem Shake dikatakan sebagai pencabar kepada video Gangnam Style dari artis Korea Selatan, Psy, yang telah memecah rekod satu bilion tontonan di YouTube.

-mStar

Mizz Nina Dan Artis K-Pop Jay Park Berduet

Selepas berjaya dengan beberapa lagu duet bersama artis antarabangsa seperti Colby O’Donis dan Florida, penyanyi Mizz Nina kini tampil dengan kolaborasi terbaharu bersama artis popular K-Pop iaitu Jay Park.

Mizz Nina muncul dengan single terbaru berjudul Around The World
 duet bersama penyanyi K-Pop, Jay Park.

Mizz Nina berkata, dia sangat teruja dengan kolaborasi menerusi lagu Around The World itu dan berharap ia akan mendapat sambutan baik daripada peminat.

"Jay sangat berbakat besar dan peluang bekerjasama dengannya adalah sesuatu di luar jangkaan dan saya cukup teruja," katanya.

Single berkenaan diterbitkan oleh b-boy dan Cha Cha Malone, yang pernah menerbitkan lagu seperti Bestie dan Speechless untuk Jay.

Dalam pada itu, Mizz Nina berkata, dia juga bertuah apabila dapat merakamkan muzik video lagu itu di Seoul, Korea Selatan, arahan pengarah terkenal, Namil Cho.
Jay Park.

"Selain muzik video itu dirakamkan di Seoul ia juga diarahkan oleh pengarah kegemaran saya, Namil Cho dan tidak sabar untuk peminat menontonnya," kata Mizz Nina.

Bercakap mengenai lagu berkenaan, katanya, proses rakaman Around The World dilakukan secara berasingan sejak Disember tahun lalu.

"Saya rakamkan bahagian terlebih dahulu di Malaysia sebelum proses vokal Jay dibuat di Seoul namun hasilnya cukup baik dan sesuai dengan cita rasa peminat," jelasnya.

Selain bakal disiarkan di radio, Around The World juga boleh di muat naik menerusi www.aroundtheworld.alturl.com.

-mStar

Panas! Julia Perez Diburu Polis

Aktres Indonesia, Julia Perez yang popular dengan nama Jupe, tersenarai sebagai orang yang dikehendaki setelah dua kali gagal menyerah diri ke Pejabat Pendakwa Raya Daerah Jakarta Timur untuk menjalani hukuman penjara selama tiga bulan.

Jupe sering dikaitkan dengan kontroversi.

Penyanyi dangdut yang juga pelakon penuh kontroversi ini, didapati gagal memenuhi arahan pejabat pendakwa raya itu pada 14 Feb dan 25 Februari lepas.

Jupe dihukum penjara tiga bulan oleh mahkamah selepas didapati bersalah mencederakan rakan artis, Dewi Persik (nama popular Depe) di lokasi penggambaran filem Arwah Goyang Kerawang pada tahun 2010.

Perbuatan itu dilakukan ketika mereka berdua sedang melakonkan adegan pergaduhan dalam filem seram itu.

Pejabat Pendakwa Raya Jakarta Timur telah memberi amaran akan bertindak lebih tegas jika keadaan memaksa, untuk memastikan Jupe menjalani hukuman penjara itu.

Sementara itu Dewi Persik, yang turut dijatuhkan hukuman penjara dua bulan oleh mahkamah kerana peranannya dalam pergaduhan itu, belum menjalani hukumannya.

-BERNAMA

Black Bakal Akhiri Zaman Bujang Tahun Ini

Penyanyi yang popular dengan lagu Teman Pengganti, Black dikhabarkan bakal mengakhiri zaman bujangnya selepas sambutan Hari Raya Aidilfitri tahun ini.


Black juga menafikan ura-ura bahawa dia dan tunangnya, Cira Khairi bakal disatukan pada September ini.

Memetik laporan Berita Harian, Black dilaporkan berkata, “memang pada awalnya kami memilih bulan September untuk majlis perkahwinan ini, tetapi tarikh itu masih belum dapat disakan lagi kerana masalah lokasi.

“Kebanyakan hotel sudah ditempah pada waktu itu dan kami masih mencari tempat yang sesuai. Apapun, kami memang merancang untuk melangsungkan majlis kami ini selepas Hari Raya nanti,” katanya.

Black atau nama sebenarnya Hanifah Md Hanafiah turut menyatakan bahawa dia tidak akan merahsiakan tarikh perkahwinannya kelak kepada pihak media dan peminat kerana berita itu adalah sesuatu yang baik untuk dikongsikan bersama.

Apapun tahniah buat Black dan tunang dan kita doakan semoga niat baik mereka itu dipermudahkan.

-Mynewshub

Tangan Aktres Pakistan Veena Malik Dicium 137 Kali

Tangan aktres dari Pakistan, Veena Malik dicium sebanyak 137 kali dalam tempoh 60 saat oleh sejumlah lelaki, lapor portal berita Indian Express semalam.


Veena juga dilaporkan memecahkan rekod Guinness World Records bagi kategori menerima ciuman paling banyak di dunia.

Dia mengatasi rekod aktor terkenal Bollywood, Salman Khan yang pernah menerima ciuman sebanyak 108 kali oleh kanak-kanak dalam tempoh sama.

“Saya berjaya menewaskan rekod 108 ciuman yang diterima Salman dengan memperoleh 137 ciuman dalam tempoh seminit,” katanya.

Veena atau nama sebenarnya, Zahida Malik dicium oleh para peserta sebuah rancangan realiti televisyen sempena sambutan kelahirannya yang ke-29 kelmarin.

Dia sebelum ini mencetuskan kontroversi apabila gambarnya dalam keadaan bogel disiarkan majalah FHM versi India.

-Agensi

Hans Isaac Enggan Bincang Isu Tukar Agama

Bagaikan tiada noktah, penceritaan yang dibawakan oleh semua pihak berkaitan perhubungan diantara aktor kacak, Hans Isaac dan selebriti yang penuh dengan kontroversi murahan iaitu Neelofa. Baik Hans mahupun Neelofa masing – masing bagaikan mahu bermain dengan cara selamat tahkala disogok dengan soalan yang hampir sama.


Berkesempatan bersua muka dengan pengarah Lawak Ke Der 2 baru baru ini, Hans sekali lagi diajukan dengan isu yang hampir sama tentang perkembangan hubunganya bersama Neelofa dan jawapan yang sudah diduga juga diulang suara sekali lagi.

Ditanya tentang sudahkah dia bersedia untuk bertukar agama andai kata perhubungan itu benar-benar memasuki peringkat ijab dan qabul Hans Isaac ada jawapanya.

“Bab agama ini saya tak mahu sentuh. Lagipun saya memang tidak suka untuk bincang pasal soal berkaitan agama, perkara seperti ini bukan sesuatu yang elok dibincangkan secara terbuka bagi diri saya. Lagipun nak membincangkan ketahap sampai soal tukar agama ni, ini bukan sesuatu yang mudah.

“Andai kata apa yang kamu semua mahukan ini tidak terjadi siapa yang akan tanggung malu? Cukuplah saya dah kena sekali ‘kaw-kaw’ dulu sampai terduduk jadi cukuplah. Pengalaman dulu tu dah saya jadikan pengajaran dan belajar kesilapan dari situ.” Jelas Hans Isaac serius.

-Buahmulut.com

Gambar David Beckham Berubah Menjadi Kurus

Jika pemain bola sepak, David Beckham bukan main bergaya disamping isterinya, Victoria dan anak-anak.


Lain pula cerita mengenai adiknya Joanna, 31.

Selepas mengalami penurunan berat badan sebanyak 20 paun, Joana yang baru saya menyambut hari lahirnya telah memakai dress bewarna hitam dengan menampakkan sebahagian daripada ‘asetnya’.

Baju yang dipakainya itu mempunyai ruang yang luas pada bahagian depan. Dia pulak tidak memakai baju dalam!

Ramailah yang mula mengutuknya kerana dia seolah-olah memalukan diri sendiri.

Lihat gambar Joanna sebelum dan selepas kurus ini.


[Sumber]

Gambar Azharina Azhar Berhibur Sakan Di Kelab Malam

Baru-baru ini tersebar gambar penyanyi yang semakin menyepikan diri dari industri hiburan tempatan iaitu Azharina Azhar, 28 tahun.


Azharina yang merupakan anak didik kepada komposer Julfekar ini tampil berpakaian seksi dan bersosial di kelab hiburan dengan rakan-rakannya yang lain.

Penyanyi yang popular dengan lagu Elergi Sepi, sebelum ini pernah berkahwin dengan seorang peguam yang berasal dari Kelantan iaitu Datuk Sukri, 55, pada 2007.

Bagaimanapun ikatan perkahwinan itu tidak bertahan lama apabila mereka disahkan bercerai pada 2008.

Mungkinkah Azharina bakal membuat comeback dalam bidang nyanyian kerana suaranya memang mampu membuat bulu roma kita terangkat apabila apabila mendengarnya kan..

Sayang sekiranya bakatnya itu tidak diasah dengan sebaik mungkin.

Tak gitu?


Foto: myartis.com

-Mynewshub

Artis Hollywood Suka Makan Durian!

Jarang-jarang kita dengar mat saleh suka makan durian kan. Kebanyakannya langsung tidak menyukai rasa dan bau buah berduri itu.


Tetapi perkara ini berlainan pula buat pelakon siri guaman popular Suit, Patrick J. Adams.

Dia yang dalam rangka promosi drama terbabit minggu lalu sempat singgah di sekitar negara Asia Tenggara seperti Singapura dan Malaysia bersama rakan pelakonnya yang lain.

Malahan kesukaannya terhadap buah tempatan itu sempat dikongsikannya kepada lebih daripada 120 ribu pengikut di laman Twitternya.


Patrick menulis, “Terima kasih Malaysia di atas layanan baik anda. Harapnya dapat kembali lagi ke sini. Durian Sedap”!

[Sumber]

Ekoran Video 'Kutuk' Pembangkang Salih Yaacob Berundur Dari Dunia Hiburan

Penyampai radio, pelawak serta pengacara terkenal, Salih Yaacob, 52, mengambil keputusan untuk menarik diri daripada dunia hiburan ekoran penyebaran cereka pendek di laman YouTube berjudul Bangkang dari Longkang.


Cereka pendek berdurasi kira-kira tiga minit yang memaparkan situasi di sebuah ceramah parti politik itu turut disertai seorang lagi rakan pelawaknya, Nabil Ahmad.

Kesannya, Salih mendapat kritikan meluas daripada pihak penyokong parti pembangkang, bahkan stesen radio Sinar FM turut diugut untuk diboikot.

“Saya sangat kecewa dan meminta maaf kepada peminat.

“Saya mengambil keputusan untuk tidak lagi terlibat di dalam bidang hiburan selepas ini. Soal kerjaya sebagai penyampai radio pula saya serah semuanya kepada pihak pengurusan,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia hari ini.

-Utusan

Vokalis Kumpulan Slam, Zamani Semakin Kurus Kering

Vokalis kumpulan Slam, iaitu Zamani masih belum berputus asa mencari pasangan hidup selepas mengalami kegagalan dalam hubungan cinta sebanyak dua kali sebelum ini.


Zamani, 42, berkata, pada usianya kini dia sentiasa berharap akan kehadiran seorang wanita dalam hidupnya suatu hari nanti.

“Saya tidak menolak jika bertemu jodoh pada usia sekarang kerana masih belum berputus asa mencari pasangan sesuai untuk saya.

“Ciri-ciri pada seorang wanita bukan menjadi keutamaan kerana yang penting dia dapat menerima bukan sahaja kebaikan tetapi juga kekurangan pada diri saya.

“Walaupun pernah putus cinta sebanyak dua kali sebelum ini tetapi itu tidak bererti saya sudah serik mencari jodoh cuma belum sampai masanya lagi,” jelasnya kepada mStar Online.

Zamani ditemui pada sidang media Minggu Setiausaha Bersama Zamani di sini, Selasa.

Persembahan eksklusif itu bakal diadakan pada 9 April depan di Kelab Darul Ehsan (KDE) bermula pukul 12 tengah hari hingga 2 petang.

Pelawak Man (Raja Lawak) dan Fida Ibrahim turut dijemput untuk memeriahkan persembahan yang dijangka akan dihadiri kira-kira 300 tetamu itu.

Dalam pada itu, ditanya mengenai keadaan fizikalnya yang kelihatan cengkung, Zamani berkata, pelbagai usaha telah dilakukan untuk menaikkan berat badan namun gagal.

Menurutnya, selera makannya seperti biasa seperti individu lain tetapi keadaan fizikalnya tetap sama sejak dahulu.

“Dari dulu berat badan saya 45 kilogram dan macam-macam usaha dibuat untuk tambahkan berat badan tapi tak berjaya.

“Malah sekarang badan saya turun dua kilo sehingga ada yang menegur saya kelihatan sakit,” jelasnya.

Bagaimanapun kata Zamani, dia tidak terlalu memikirkan tentang perkara itu kerana baginya dia mengamalkan pemakanan seimbang supaya kekal sihat.

Dalam perkembangan lain, Zamani berkata, dia sangat teruja dengan persembahan Minggu Setiausaha KDE itu kerana ini adalah kali pertama dia terlibat dalam persembahan eksklusif berkenaan.

Zamani akan mempersembahkan 10 buah lagu pada acara itu nanti selain menyelitkan beberapa segmen bersama penonton.

“Setakat ini kami masih berbincang untuk memberi kelainan kepada persembahan itu nanti namun yang pasti saya akan cuba memberikan yang terbaik,” jelasnya.

Dibawa oleh Triple Network Solutions (M) Sdn Bhd, penonton yang hadir bakal memenangi hadiah cabutan bertuah bernilai RM10,000 termasuk percutian ke tempat-tempat menarik dalam negeri.

Tiket dijual pada harga RM173, RM273, RM373 dan RM473.

-mStar

Gambar Mesra Bakal Pengantin Beego dan Linda

Terserlah kemesraan yang ditunjukkan oleh pasangan pengantin baru iaitu Linda Hashim dan Beego atau nama sebenarnya Md Aszerul Nizam Abdullah.


Pasangan pelakon romantis itu baru-baru ini berkongsi gambar ketika Linda sedang mencuba pakaian pengantin di sebuah butik.

Makin berseri-seri wajah bakal raja sehari ini kan..

Semoga semua persiapan yang dirancang berjalan dengan lancar dan harap perkahwinan kedua Beego kali ini akan kekal sehingga ke akhir hayat.


Foto: myartis.com

-Mynewshub

Shila Amzah Enggan Terima Pinangan Mana-mana Lelaki

Penyanyi Shila Amzah menegaskan tidak membenarkan mana-mana lelaki masuk meminang dirinya buat masa ini dan menyerahkan soal jodoh kepada ketentuan Tuhan.


Berita Harian melaporkan pada Rabu bahawa Shila atau nama sebenarnya, Nur Shahila Amir Hamzah, 23, dilaporkan kini lebih berani bersuara berbanding hanya menutup mulut dan meluahkan rasa menerusi Twitter ketika kemelut antara kekasihnya, Sharnaaz Ahmad dan bapanya hebat diperkatakan baru-baru ini.

Dia yang tetap ditemani kedua-dua ibu bapanya bersyukur kerana diberi kekuatan menempuh dugaan yang secara tidak langsung mematangkan diri selain menganggap semua yang berlaku mempunyai hikmah tersendiri.

“Setakat ini saya tidak akan benarkan diri saya dirisik. Bagi saya, jodoh, pertemuan, ajal, maut biarlah Tuhan yang menentukan. Kita tidak mengetahui jodoh kita. Andai yang bercerai pun boleh rujuk semula.

“Apa yang pasti, saya mahu memandang ke depan. Dugaan yang Allah beri nampaknya sama besar dengan rezeki yang dikurniakan. Saya perlu lebih realistik malah kini saya sudah nampak hikmahnya,” katanya ketika ditemui pada majlis pelancaran butik konsep jam Oris di sebuah pusat beli-belah, di Petaling Jaya, pada Selasa.

Dalam pada itu, Shila mengakui lebih senang meluahkan perasaan menerusi karya muzik.

Namun begitu, dia enggan mengulas panjang tentang lagu terbarunya, Masih Aku Cinta dan Cinta Hati ditujukan khas kepada Sharnaaz.

“Saya tak nak komen hal itu. Sekarang saya mahu tumpukan perhatian kepada pembikinan dua album iaitu album Melayu dan Mandarin dalam tahun ini. Yang pasti, dua dendangan berkenaan dimuatkan dalam album itu yang dijangka dipasarkan Mei ini.

“Saya mahu menggembirakan hati orang dan peminat. Mereka seperti keluarga sendiri apabila memberi sokongan tidak berbelah bagi walau ketika pelbagai andaian meletus. Mereka teguh berdiri di belakang saya dan tidak sewenangnya percaya aneka cerita dipaparkan,” katanya.

Turut dicalonkan dalam Anugerah Pilihan Kanak-Kanak Nickelodeon bagi kategori Artis Asia sebaris dengan Psy, Shila memaklumkan dia juga tidak sabar menjadi tetamu Allah bersama keluarganya, Mac ini, bagi mengerjakan umrah.

Dia yang sudah mengosongkan jadual kerjaya selama dua minggu sejak tahun lalu berharap perjalanan dan ibadat mereka dipermudahkan oleh Yang Maha Kuasa.

“Saya memang sibuk kerana jadual penuh setiap minggu sejak memenangi Asian Wave tahun lalu. Kalau bukan kerana isu itu (kontroversi) pun saya sudah dihambat waktu. Syukur nawaitu mengerjakan umrah sekeluarga bakal terlaksana. Sekembali dari Tanah Suci, baru rakaman album akan disambung semula,” katanya.

–mStar

Buat Sharifah Sakinah, Tiada Maaf Bagimu!

Pelakon Julia Ziegler mengambil pendirian tidak mahu berbaik dengan pelakon Sharifah Sakinah sekalipun aktres tersebut meminta maaf kerana dikatakan menjadi punca tercetusnya fitnah terhadap Julia beberapa tahun lalu.


Menurut Julia,29, kejadian tersebut merupakan pengalaman paling buruk buatnya selama bergelar artis sehingga membuatkan dia untuk lebih berhati-hati dalam berkawan.

“Sekalipun dia sudah meminta maaf secara peribadi saya tetap tidak akan berkawan rapat dengannya semula kerana saya sudah serik dengan apa yang telah terjadi selama ini.

“Saya tahu dia ingin berbaik dan sudah bercakap dengan beberapa orang artis serta rakan dalam industri bahawa dia ingin meminta maaf dengan saya tapi kenapa tidak berjumpa saya terus,” ujarnya kepada mStar Online,di sini, Isnin.

Julia berkata demikian ketika diminta mengulas tentang hubungan dingin antara dia dan aktres Sharifah Sakinah, 24, sejak beberapa tahun lalu yang kembali diperkatakan orang.

Tambah Julia, pertemuannya sehingga membuatkan dia bersalaman dengan Sharifah Sakinah sebelum ini terjadi secara tidak sengaja di sebuah majlis tetapi ia bukan bererti hubungan mereka sudah kembali jernih.

“Ya, kami ada bersalaman tahun lalu di sebuah majlis, itu pun kerana saya tidak perasan individu tersebut adalah dia (Sharifah Sakinah) kerana dia memakai kostum dan solekan yang mengubah penampilannya.

“Dia tidak perlu beri kenyataan kepada media bahawa kami sudah berbaik, walhal dia yang memulakan perkara ini dan tidak pernah mengakui kesilapannya,” ujar Julia.

Sementara itu, Julia yang kini sibuk dengan latihan teater Asmara Songsang yang bakal ditayangkan di Istana Budaya pada 1 dan 2 Mac ini menganggap kehidupan sekarang lebih tenang.

“Alhamdulillah sekarang kerjaya dan bisnes berjalan lancar, kehidupan peribadi juga lebih tenang selepas menunaikan umrah tahun lalu dan saya nampak apa yang saya inginkan dalam hidup,” katanya.

-mStar

Yuna Sudah Lama Tahu Qi Curang Dibelakangnya

Susulan laporan pengacara dan pelakon, Qi Razali yang mengakui dalam proses mengenali Nelydia Senrose dengan lebih dekat, pelakon drama bersiri ‘Setia Hujung Nyawa’ ini turut tidak menafikan hal tersebut.


“Saya selesa berkawan dengan Qi. Kami sudah lama kenal dan rapat ketika penggambaran drama, tahun lalu.

“Qi suka bercakap mengenai masa depannya, sikap itu membuatkan saya lebih senang untuk berbincang bersamanya. Namun, hubungan kami jangan disalah tafsir kerana kami hanya berkawan.

“Tetapi jika ditakdirkan jodoh saya dengannya, saya tidak boleh menolak perkara itu,” ujar Nelydia yang dipetik daripada Sinar Harian Online.

Dalam perkembangan berkaitan, Yuna menerusi status di akaun Twitternya yang bertarikh 4 Februari lepas seakan-akan mengiyakan hubungan bekas kekasihnya itu.

Berikut MH Online kongsikan status yang dimuat naik Yuna. -Mynewshub


MyGosipHub: Kantoi curang..kata baru nak kenal rupanya dah berakar..

Zain Saidin Nafi Kawhin Dengan Rozita Julai Ini!

Susulan tersiarnya berita dalam sebuah akhbar tempatan yang mengatakan pasangan Rozita Che Wan dan Zain Saidin akan berkahwin pada Julai ini mendapat respon terus daripada Zain sendiri.


Zain yang baru dihubungi MH Online menafikan perkara tersebut dan menjelaskan;

“Memang kami akan berkahwin tetapi bukan bulan Julai. InsyaAllah, seperti yang dirancang kami akan bernikah pada hujung tahun ini.

“Saya sendiri pun terkejut kenapa bulan Julai dikatakan sebagai bulan perkahwinan kami.”

Ditanya sudahkah mereka membuat persiapan perkahwinan, kongsi Zain lagi;

“Buat masa sekarang belum ada sebarang persiapan lagi kerana semua akan dibuat selepas raya nanti. Secara rasmi juga, saya belum lagi masuk merisik cuma kami sudah pernah berjumpa keluarga masing-masing. Ini kerana perbincangan baru dilakukan antara kami berdua sahaja.”

Zain juga memberitahu dia belum lagi menjalani kursus perkahwinan. -Media Hiburan Online

MyGosipHub: Artis katakan.. kahwin cerai umpama perkara mainan.. Untuk Zain, cantik anting-anting tu?

Depan Hakim Cakap Sayang Tapi Belakang Tak Sayang - Aidil Zafuan

“Kalau dia sayangkan saya, kenapa dia masih buat macam-macam kenyataan di media yang mengaibkan saya sendiri sebagai suami dia dan juga mengaibkan keluarga saya?


“Dia juga tahu kenapa saya keluar rumah. Tak perlulah saya bercerita tentang hal peribadi kami. Biar saya dan dia saja yang tahu. Sekarang ini saya mahu bercerai secara baik.

“Jangan bawa lakonan dia diluar masuk mahkamah. Depan hakim dia cakap dia sayang saya, tapi depan saya dia cakap tak sayang, saya tak tahu apa yang dia nak”, kata bintang bola sepak Kebangsaan, Mohammad Aidil Zafuan Abd. Radzak yang jelas dilihat tidak dapat menyembunyikan kekecewaan selepas hasrat mahu bercerai dengan isterinya, pelakon Rita Rudaini ditangguhkan.

Aidil, 26, ditemui diluar Mahkamah Rendah Syariah Seremban Negeri Sembilan, sejurus usai prosiding, semalam.

Keputusan itu dibuat setelah Aidil merasakan pergolakan rumah tangga mereka sudah berlarutan terlalu lama. Malah dia tidak nampak rumah tangga yang dibina selama enam tahun mampu diselamatkan. Apatahlagi Aidil memberitahu dia kecewa apabila Rita tidak mahu menurut kehendaknya.

“Saya nak dia dan anak-anak balik berjumpa dengan keluarga saya. Tapi dia tak mahu. Dari situ sudah nampak dia tidak mengikut kata-kata saya sebagai suaminya. Bagi saya, saya tidak nampak jalan untuk kami berdamai.

“Memang dia ada benarkan saya berjumpa dengan anak-anak tapi dia tak benarkan saya bawa anak-anak jumpa keluarga saya. Anak-anak hanya kenal atuk dan nenek sebelah sana (ibubapa Rita), tapi dia tak kenal atuk dan neneknya di sini. Itu saya rasa tidak adil”, katanya.

Dalam masa yang sama Aidil menegaskan keputusan dia mahu bercerai tiada kena mengena dengan orang ketiga mahupun wanita yang dikaitkan dengannya baru-baru ini, iaitu Zarema.

“Tiada kena mengena dengan sesiapa ataupun Zarema. Saya tak mahu komen lebih. Bagi saya jalan terbaik, adalah kami bercerai”, ujarnya sebelum beredar. -Malaysiandigest.com

MyGosipHub: Ai takkan dah manis sepah awak buang, Rita nak lepaskan awak begitu saja Aidil..bkn gitu?


Aksi Terkinja-kinja Harlem Shake keluarga Dephne Iking

Budaya Harlem Shake semakin hebat melanda dunia selepas tarian kuda Gangnam Style yang di bawa oleh PSY. Dengan kepesatan dunia teknologi yang ada hari ini, begitu cepat sebarang tarian atau trend merebak ke segenap pelusuk dunia.


Harlem Shake adalah satu tarian yang bermula pada tahun 80-an tetapi kembali popular pada hari ini. Bermula dengan seorang yang terkinja-kinja di tempat ramai orang dan tidak diendahkan, kemudiannya berakhir dengan semua terikut melakukan tarian tersebut tetapi dengan cara mereka yang tersendiri.

Ramai yang mengatakan Harlem Shake lebih menyerlahkan tahap kreativiti seseorang berbanding terikut-ikut dengan tarian Gangnam Style oleh PSY.

Kewujudan video Harlem Shake bagi kami jika diterima dengan fikiran terbuka ianya tidak akan membawa sebarang masalah kerana ianya tidak lebih dari sekadar hiburan ringan sahaja cuma akan membawa masalah bila ada pemikir yang semua benda tidak kena di mata mereka.

Artis Malaysia seperti Dahlia Daphne Eleanor M Iking (Daphne Iking) dan suaminya, Azmi Abdul Rahman juga telah memuat-naik satu video Harlem Shake versi mereka baru-baru ini.



-Ohartis

Keena Nafi Jadi Mangsa Rogol

Selepas kecoh mengenai kes rogol yang didakwa dilakukan oleh pemenang program realiti Mentor 4, Mohd Izwan Mohd Nor atau Mohd, tiba-tiba nama Keena dikaitkan sebagai mangsa rogol terbabit.


Tampil membuat penafian dalam Harian Metro hari ini, Keena atau nama sebenarnya Suriana Abdul Wahab, 27, menyatakan, “Saya bukan mangsa rogol, bukan saya orangnya. Tolong jangan tuduh lagi, saya dan keluarga malu”.

“Tolonglah jangan memandai-mandai menuduh perkara yang tiada kena-mengena dengan saya. Memang benar saya pernah dikaitkan bercinta dengan suspek, tetapi bukan saya yang terbabit kes itu,” katanya kesal kerana spekulasi itu mengaibkan namanya serta keluarga.

Keena yang juga dicungkil bakatnya menerusi program yang sama, mengakui tidak pernah mengambil tahu mengenai kes terbabit dan menegaskan mangsa rogol itu bukan dirinya tetapi adalah penyanyi lain.

Kita tunggu dan lihat saja kerana lambat-laun kebenaran akan terbongkar juga akhirnya.

-Mynewshub

Memalukan! Jennifer Lawrence Tersungkur Atas Pentas Ketika Anugerah Oscar 2013

Memang lawa gaun kembang yang dipakai oleh Jennifer Lawrence ketika menghadiri majlis anugerah Oscar yang diadakan di Los Angeles.


Tetapi nyata nasib tidak menyebelahi Jennifer apabila dia terjatuh ketika sedang menaiki tangga untuk menerima Anugerah Pelakon Wanita Terbaik yang dimenangi menerusi filem Silver Linings Playbook.

Ketika dia mahu memberi ucapan kelihatan penonton berdiri atas tanda hormat tetapi Jennifer yang kelihatan sedikit tersipu-sipu malu berkata, “you guys are just standing up because you feel bad that I fell and that’s really embarrassing. But thank you.”

Kesian Jennifer tetapi tidak mengapalah kerana dengan mengenggam trofi itu pun sudah dapat menghilangkan rasa malunya itu.

Di sini disertakan video kejadian itu buat yang terlepas menontonnya.



-Mynewshub

Fizz Buat Laporan Polis Enggan Bertanggungjawab

Ekoran kontroversi pelakon Fizz Fairuz, 34, yang telah bertunang dengan isteri orang, Azlyn Massiela Mohd Nazar, 26, dia telah membuat laporan polis di Balai Polis Damansara, Petaling Jaya, Rabu lalu.


Laporan yang telah dibuat sendiri oleh Fizz atau nama sebenarnya Mohd Fairus Zainal Abidin itu bertujuan melindunginya selain tidak bertanggungjawab ke atas Azlyn sekiranya sesuatu terjadi selepas dia memutuskan hubungan dengan wanita berkenaan.

Memetik laporan Harian Metro, sumber daripada pihak polis menjelaskan laporan yang diterima kira-kira jam 1.43 petang itu adalah berkaitan dengan isu yang Fizz sebenarnya tidak tahu Azlyn merupakan isteri kedua kepada seseorang.

“Fizz menyatakan pernah berhubung dan berkawan dengan wanita itu namun dalam tempoh perhubungan, dia tidak tahu Azlyn bersuami.

“Namun, selepas mengetahui hal itu baru-baru ini (hujung minggu lalu), pelakon itu memutuskan hubungannya bagi mengelak kejadian tidak diingini,” katanya.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Arjunaidi Mohamed sendiri telah mengesahkan menerima laporan itu.

-Hmetro

Fathia Dan Keith Foo Hangat Bercinta?

Pelakon yang pernah mencetuskan kontroversi membaling telefon bimbitnya kepada seorang pengarah terkenal, Fathia Abd Latiff, 26, dikhabarkan menyimpan perasaan cinta kepada pelakon Indonesia Keith Foo.


Mereka berdua sebelum ini pernah bekerjasama dalam sebuah drama bersiri yang disiarkan di TV9 berjudul Dalam Setiap Sujud.

Menerusi laporan Utusan, Fathia dikatakan sedang hangat dilamun cinta dengan Keith sehinggakan dia sanggup menolak cinta seorang kerabat seperti yang diheboh-hebohkan sebelum ini.


Kalau betul pun apa salahnya sebab mereka berdua memang nampak sepadan bersama.

Seorang cantik, seorang lagi kacak bergaya.

Apa-apa pun sama ada mereka benar-benar bercinta atau tidak, hanya tuan badan yang ada jawapannya.

-Mynewshub

Fesyen Artis Di Karpet Merah Anugerah Oscar 2013

Untuk pengetahuan anda, semalam telah berlangsungnya Anugerah Oscar 2013 Dolby Theater, Los Angeles.

Ramai selebriti yang hadir bagi memeriahkan acara yang sering dinanti-nantikan itu.

Apabila berlangsungnya anugerah besar dan berprestij sebegini, sudah tentulah ramai artis yang bergaya sakan.

Ada yang okay dan ada jugak yang tidak.

Lihat diantara fesyen-fesyen yang telah dibawakan mereka ini.


-Mynewshub