Zayn Malik Mengaku Tiada Kawan Dalam One Direction

BEKAS ahli kumpulan One Direction, Zayn Malik mengakui tidak mempunyai sahabat rapat ketika dia bersama band tersebut.

Menerusi portal E! News , Zayn berkata dia lebih banyak menyendiri dan kesibukan kerja telah membuatkan mereka jarang dapat bersama.

"Saya tidak terbuka bercerita tentang hal peribadi kepada orang ramai termasuklah One Direction.

"Kami pergi menonton teater, ke stadium bersama tapi tak ada hubungan yang berlanjutan selepas itu.

"Apabila kita berada dalam fasa usia 17 dan 18 tahun, penerimaan orang berbeza. Lebih-lebih lagi, ada lima individu berbeza dalam kumpulan ini. Hubungan senang rosak," katanya.

One Direction kini dianggotai oleh Liam Payne, Niall Horan, Louis Tomlinson dan Harry Styles.

Zayn meninggalkan kumpulan tersebut pada tahun 2015 dan memilih untuk bergerak solo. -mstar

Share this

Related Posts

Previous
Next Post »

Apa kata anda komen sedikit..;) EmoticonEmoticon