Luahan Noryn Aziz Krisis Rumah Tangga

PENYANYI Noryn Aziz tidak menafikan emosinya terganggu akibat krisis rumah tangga yang dihadapinya kini.

Namun, Noryn berkata demi masa depannya, dia kini lebih memfokuskan diri dengan karier seninya.

"Bila tanya saya mengenai ini (kiris rumah tangga), tipulah kalau kata tak rasa apa. Cuma saya dah pesan pada diri untuk fokus dalam karier seni saya kerana itu adalah masa depan saya.

“Saya bersyukur kerana kini saya pun sedang sibuk dengan Gegar Vaganza musim kelima (GV5).

“Saya tak mahu buang masa memikirkan masalah ini dengan bebanan itu dan perlu selalu berfikiran positif.

“Alhamdulilah saya dikeliligi oleh orang yang sentiasa memberi kata-kata semangat seperti ibu saya serta pengurus saya sendiri,” katanya.

Julai lalu, suaminya Raja Kamarul Bahrin Shah yang juga Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan memfailkan tuntutan nusyuz terhadap Noryn di Mahkamah Rendah Syariah Kuala Terengganu, Terengganu.

Bagaimanapun pada 10 Oktober lalu, Raja Kamarul Bahrin sebagai plaintif dan Noryn selaku defendan tidak hadir pada prosiding sebutan kali ketiga di hadapan Penolong Pendaftar Syarie Norhakimah Awang.

Pun begitu, Noryn enggan mengulas lanjut mengenai kes rumah tangganya kerana ia masih dalam proses mahkamah.

"Buat masa sekarang ia masih dalan proses mahkamah dan saya dinasihatkan oleh peguam untuk tidak bercakap mengenai hal ini kerana bimbang saya tersilap kata.

“Lagipun, sebelumi ni pun saya jarang untuk kongsi kisah peribadi dan saya harap semua boleh tunggu sahaja sehingga ia selesai,” katanya lagi.

Noryn atau Norazmahwati Abd Aziz dan Raja Kamarul Bahrin diijabkabul pada 22 Januari 2010 dan dikurniakan seorang cahaya mata lelaki Raja Bariq Umar Shah yang kini berusia empat tahun. -astroawani

Share this

Related Posts

Previous
Next Post »

Apa kata anda komen sedikit..;) EmoticonEmoticon