Aktor Chris Pratt antara barisan pelakon utama lain dalam Guardians of the Galaxy yang tampil memberi sokongan kepada James Gunn, 10 hari dari tarikh selepas pengarah itu dipecat.
Menyatakan sokongan secara beramai-ramai, Pratt, Zoel Saldana, Bradley Cooper, Vin Diesel dan lima lagi pelakon menurunkan tandatangan dalam satu surat terbuka semalam.
Kandungan surat itu menyatakan mereka memberi sokongan penuh terhadap sutradara terbabit dan sikap dipamerkannya sewaktu mengarah di set penggambaran Guardians of the Galaxy dan Guardians of the Galaxy siri kedua, susulan pemecatan James.
James dilepaskan daripada mengarah siri ketiga yang sedang disiapkan - diterbitkan The Walt Disney Co. - selepas ciapan di Twitter yang dibuat bertahun-tahun dulu yang mempersenda masalah seperti rogol dan pedofilia dikesan semula baru-baru ini.
James kemudian memohon maaf atas ciapan yang dibuat.
Menurut kesemua pelakon, mereka menunggu hingga 10 hari sebelum mengetengahkan isu yang dirasakan perlu diambil perhatian dengan melakukan beberapa perkara seperti “fikir, berdoa, dengar dan berbincang.”
Terdahulu, beberapa pelakon lain termasuk abang James, Sean Gunn telah mengeluarkan kenyataan secara individu.
Sementara itu, peminat memfailkan petisyen atas talian agar pemecatan James, 51, ditarik balik.
Pratt yang membawa watak sebagai Star Lord dalam pada itu meluahkan hasratnya untuk melihat James dikekalkan sebagai pengarah siri ketiga melalui Instagram.
“Walaupun saya tidak menyokong komen tidak wajar dibuat James Gunn beberapa tahun lalu, (saya mendapati) dia sebenarnya seorang yang baik,” katanya.
Surat berkenaan turut mempertikaikan proses pemecatan James yang mendadak dan dianggap kurang mengambil pendapat umum.
James yang juga penulis Guardians of the Galaxy meraih pendapatan lebih daripada AS$1.5 bilion melalui kutipan box office daripada dua filem terdahulu dan ini seolah-olah menggadai reputasi untuk siri ketiga yang dijangka menemui penonton kira-kira sedekad lagi. -malaysiakini
Apa kata anda komen sedikit..;) EmoticonEmoticon