Pelakon Fast & Furious Utus Surat Terbuka Selar Donald Trump

Seorang lagi selebriti telah tampil mengkritik pendekatan kempen calon presiden Republikan, Donald Trump, lapor Daily Mail.

Dalam satu kiriman Instagram yang panjang lebar, Tyrese Gibson menggunakan foto sekumpulan demonstran Muslim yang bersolat di hadapan Menara Trump untuk menyelar mesej kempen Trump yang membentuk kebencian terhadap komuniti agama.

“Kamu telah menyinggung komuniti Muslim dan mencipta sempadan perkauman dan memerangkap mereka untuk menjadi mangsa jenayah kebencian dan menjadi sasaran ketaksuban hanya kerana tindakan sesetengah pihak,” tulis Gibson.

“Islam itu keamanan. Tindakan sebahagian kecil tidak membenarkan kamu menyebarkan kebencian terhadap bangsa saya dalam komuniti Islam dan Arab.

"Saya sangat terluka dan terganggu dengan tindakan dan kebencian kamu terhadap komuniti Muslim dan Arab.”

Gibson juga menyatakan pendirian menyokong komuniti kulit hitam dan Latin.

Beliau memberi amaran kepada Trump, sekalipun kempennya yang liar menarik perhatian ramai namun itu tidak semestinya dizahirkan dalam pilihan raya.

Pelakon francais Fast & Furious itu juga menempelak slogan kempen Trump iaitu ‘Make America Great Again’.

“Ini bukan cara untuk jadikan Amerika kembali hebat.

"Saya bercakap mewakili manusia keseluruhannya dan semua agama, kecenderungan rohani dan seksual: kamu perlu dan kamu akan dihentikan,” ujar Gibson. -astroawani

Share this

Related Posts

Previous
Next Post »

Apa kata anda komen sedikit..;) EmoticonEmoticon