Penyanyi Mya Matahari menafikan kononnya keputusan untuk bertudung sejak awal Ramadan lalu kerana ingin mendirikan rumah tangga dengan lelaki pilihan dalam masa terdekat.
Mya atau nama sebenarnya, Meyanaliza Ruslee, 42, bagaimanapun mengaku sedang mengenali hati budi seorang lelaki berstatus bujang buat masa sekarang.
"Saya bertudung bukan sebab ingin berkahwin. Sebenarnya, sudah lama pasang hasrat untuk bertudung entah bagaimana bulan Ramadan lalu, Tuhan bukakan hati saya untuk menutup aurat dengan lebih sempurna sehingga ke hari ini.
"Saya minta orang doakan jodoh yang baik buat saya. Saya mengharapkan jodoh kali ingin lebih baik daripada sebelumnya.
"Orang biasa sahaja dan kami masih dalam proses mengenal dati budi masing-masing," jelas Mya yang pernah muncul dengan album Matahari, Diari Biru 2 dan Mata.
Ditemui pada rumah terbuka Aidilfitri rakan selebriti Haiza di Sungai Besi, Mya mendedahkan dia banyak mendapat suntikan semangat untuk istiqamah dengan imej bertudung daripada peminat.
"Netizen banyak memberikan kata-kata semangat kepada saya di sosial media dan di situ saya mendapat kekuatan untuk istiqamah dengan imej bertudung.
"Sudah lama pasang hasrat untuk bertudung sebenarnya namun sebelum ini agak 'bergoyang'.
"Alhamdulillah, usaha berjinak-jinak sampai sekarang, saya berasa amat selesa," ujar Mya.
Dalam pada itu, pelantun lagu Matahari itu bakal muncul dengan single terbaharu berjudul Perlu Ada Setia ciptaan Tam Spider manakala lirik ditulis oleh Imran Imran.
"Lagu ini sudah diperdengarkan di radio arus perdana seperti Kool FM beberapa hari sudah dan mendapat respon yang baik daripada pendengar.
"Saya mengambil cabaran untuk menyanyikan lagu berentak pop dan diharapkan peminat akan menerima lagu ini apabila dilancarkan secara rasmi kelak," katanya. -kosmo
Apa kata anda komen sedikit..;) EmoticonEmoticon