Mahkamah Rendah Syariah Gua Musang menjatuhkan hukuman denda atas dua tuduhan iaitu berkahwin dan berpoligami tanpa kebenaran terhadap Che Mohd Karim Che Hamid, 41 tahun yang mencetuskan polemik kerana berkahwin dengan kanak-kanak berumur 11 tahun, lapor media tempatan.
Menurut BH Online, Hakim Mohd Surbaineey Hussain mengenakan hukuman terhadap peraiah getah itu sebanyak RM900 bagi setiap pertuduhan selepas beliau mengaku bersalah terhadap kedua-dua kesalahan itu.
Che Mohd Karim didakwa mengikut Seksyen 19 dan Seksyen 124 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (No 6) 2002 Negeri Kelantan yang masing-masing boleh membawa hukuman denda RM1,000 atau penjara dua bulan.
Che Mohd Karim yang memakai kopiah hitam, kelihatan gelisah ketika kedua-dua tuduhan itu dibaca terhadapnya di hadapan Mohd Surbaineey, lapor BH Online lagi.
Bagi tuduhan pertama, beliau didakwa berkahwin tanpa kebenaran mengikut Seksyen 19 Enakmen berkenaan dan dihukum denda berjumlah RM900.
Had umur perkahwinan
Bagi tuduhan kedua pula, Che Mohd Karim didakwa kerana berpoligami tanpa kebenaran mengikut Seksyen 124 enakmen yang sama dan dikenakan hukuman denda berjumlah RM900.
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail pada 6 Julai lalu mengulas isu perkahwinan budak perempuan berumur 11 tahun yang dikatakan warga Thailand dengan lelaki berusia 41 di Kelantan itu berkata pernikahan tersebut tidak sah dari segi undang-undang kerana tidak mendapat persetujuan mahkamah syariah.
Dalam pada itu, beliau dilaporkan berkata kes perkahwinan tersebut perlu dilihat secara holistik sama ada terdapat unsur-unsur seperti pedofilia, eksploitasi kanak-kanak dan pornografi kanak-kanak.
Jelas Dr Wan Azizah lagi, sudah tiba masa untuk menaikkan had umur perkahwinan melibatkan kanak-kanak perempuan daripada 16 tahun kepada 18 tahun.
Manakala itu, Mufti Perlis Datuk Dr Mohd Asri Zainal Abidin mengulas isu sama juga dilaporkan memaklumkan konsep wali dalam perkahwinan seharusnya menjadi pelindung dan tidak memangsakan anaknya dengan menikahkannya tanpa rela atas faktor kemiskinan.
Apa kata anda komen sedikit..;) EmoticonEmoticon