PELAKON Janna Nick memohon maaf berikutan tularnya video yang memaparkan seorang pengantin perempuan duduk dalam keadaan kurang sopan ketika upacara majlis pernikahan di sebuah masjid.
Jelas pelakon berusia 23 tahun ini kepada mStar Online, aksinya itu sebenarnya dirakamkan ketika penggambaran babak majlis pernikahan untuk drama bertajuk Semerah Cinta Humairah.
"Pada masa itu saya sedang berehat sementara menantikan babak penggambaran tersebut bermula.
"Tak adalah sampai terkangkang, tapi mungkin ada segelintir yang anggap tak sopan, saya minta maaf.
"Sebenarnya apabila menjalani penggambaran, prosesnya mengambil masa agak lama.
"Dan bila saya perlu bersimpuh dalam keadaan berbaju pengantin, ia agak lenguh.
"Jadi saya ambil masa untuk relaks sikit merenggangkan badan dan saya rasa ia adalah lebih kepada saya selesakan diri sebelum betul-betul memulakan babak penggambaran," jelasnya.
Tambah Janna lagi, video itu tular kerana berkemungkinan ramai yang berangggapan pengantin tersebut adalah pengantin sebenar tambahan suasana itu seolah-olah betul-betul semasa majlis pernikahan.
"Orang nampak ia seperti betul-betul majlis perkahwinan tapi sebenarnya hanya penggambaran drama.
"Mana ada pengantin duduk macam itu masa nak bernikah," katanya.
Apa kata anda komen sedikit..;) EmoticonEmoticon