Haqiem Rusli Disahkan Hidap Kemurungan Tahap Tiga

Penyanyi Haqiem Rusli disahkan menghidapi kemurungan tahap tiga dan telah mula menjalani rawatan di International Psychology Centre, Taman Desa, di sini hari ini.

Menurut Haqiem, dia sendiri terkejut selepas disahkan doktor menghidapi kemurungan tahap tiga daripada empat atau boleh diklasifikasikan sebagai moderate depression.

“Saya sangka hanya ada kemurungan yang ringan namun, selepas pemeriksaan doktor mengesahkan tahap kemurungan saya agak tinggi dan memerlukan rawatan berkala serta mengambil suplemen,” ujar Haqiem ketika dihubungi.

Dalam pada itu, doktor psikologi Song Sheng Yong dari International Psychology Centre mengesahkan penyanyi yang popular dengan lagu Tergantung Sepi itu mengalami kemurungan.

“Haqiem memang mengalami kemurungan dan perlu menjalani rawatan seminggu sekali untuk saya memantau keadaannya.

"Dia juga perlu mengubah cara pemakanan dan mengambil suplemen,” kata Yong Song Sheng.

Terdahulu, Haqiem dihentam netizen apabila dituduh menipu mengalami kemurungan dan didakwa melakukannya demi gimik single terbaharunya Selamat Tinggal Sayang. -kosmo

Share this

Related Posts

Previous
Next Post »

Apa kata anda komen sedikit..;) EmoticonEmoticon